Persatuan Bantam Amerika adalah sebuah persatuan unggas hias untuk para penternak unggas bantam. Ia menerbitkan Standard Bantam dengan penerangan terperinci untuk kesemua baka-baka ayam bantam dan kelainan yang diakuinya;[2]:6 dalam kebanyakan kes (bukan kesemuanya) adalah baka yang sama diakui oleh Persatuan Unggas Amerika.[2]:23 Ia juga menerbitkan majalah pada setiap tiga bulan dan buku tahunan,[perlu rujukan] menganjurkan pertunjukan unggas dan menyediakan para hakim serta menyediakan maklumat berkenaan baka bantam.[1]
Ia membenarkan atau telah membenarkan sejumlah pertunjukan unggas di seluruh Amerika Syarikat yang diadakan oleh kumpulan-kumpulan tempatan seperti Pertunjukan Burung Ganjil dan Unggas di Pesta Kaunti Los Angeles[3] and the Ohio National.
Sejarah
Presiden pertama persatuan ini adalah Charles E. Rockenstyie, yang mana telah meninggal dunia pada tahun 1944.[4]