Industri permainan video di Malaysia ialah industri besar dan hobi di Malaysia yang merangkumi pengeluaran, penjualan, import/eksport permainan video.[1][2][3][4][5] Pada 2019, Malaysia ialah pasaran permainan video ke-21 terbesar di dunia, dengan jumlah pendapatan sebanyak USD100 juta diperoleh.
Dengan sokongan kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), industri permainan video di Malaysia menyaksikan perkembangan pesat dan dianggap sebagai salah satu pasaran permainan terbesar di Asia Tenggara.
Sejarah
Malaysia memasuki industri permainan video pada 1990-an, terutamanya pada 1994 apabila Motion Pixel, sebuah studio kecil Malaysia ditawarkan oleh LucasArts dan JVC untuk bekerjasama untuk permainan bernama Ghoul Patrol. Sejak itu, Malaysia mula mengambil serius dalam industri permainan video.
Seiring dengan industri animasi, permainan video adalah salah satu fokus utama MDEC untuk pembangunan kandungan digital.
Industri permainan antarabangsa
Malaysia ialah rumah kepada Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios yang pertama dan satu-satunya, yang dikenali sebagai Studio Malaysia untuk rantau Asia Tenggara dan berfungsi sebagai studio sokongan teknikal untuk beberapa permainan video. Ia diketuai oleh Hasnul Hadi Samsudin, bekas Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC.
Rujukan