Perjanjian Anggota Nuklear Jarak Sederhana (Perjanjian INF, secara rasminya Perjanjian Antara Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Kesatuan Soviet Berkenaan Penghapusan Peluru Berpandu Jarak Dekat dan Sederhana; Rusia: Договор о ликвидации ракет средней и меньшей дальностиcode: ru is deprecated / ДРСМД, Dogovor o likvidatsiy raket sredney i menshey dalnosti / DRSMD) merujuk pada satu perjanjian kawalan senjata yang ditandatangani pada tahun 1987 antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (dan kemudian negara pengantinyaPersekutuan Rusia). Ia telah ditandatangani di Washington, D.C. oleh PresidenRonald Reagan dan Setiausaha AgungMikhail Gorbachev pada 8 Disember 1987,[1] perjanjian ini kemudian diluluskan oleh Senat Amerika Syarikat pada 27 Mei, 1988 dan diratifikasikan oleh Reagan dan Gorbachev pada 1 Jun 1988.[2]
Perjanjian ini menghapuskan kesemua peluru berpandu krus dan balistik (termasuk pelancarnya) yang dilancarkan dari darat, dengan jarak 500–1,000 kilometer (310–620 bt) (jarak dekat-sederhana) dan 1,000–5,500 km (620–3,420 bt) (jarak sederhana). Perjanjian ini tidak memasukkan peluru berpandu yang dilancarkan daripada udara atau laut.[3][4] Menjelang bulan Mei 1991, 2,692 buah peluru berpandu dihapuskan, diikuti dengan 10 tahun pemeriksaan di tapak untuk pengesahan.[5]
Memetik kegagalan pematuhan oleh Rusia, Presiden A.S. Donald Trump telah mengumumkan pada 20 Oktober, 2018 bahawa beliau akan menarik keluar A.S daripada perjanjian ini.[6] A.S. secara rasminya mengantung perjanjian ini pada 1 Februari, 2019,[7] diikuti oleh Rusia pada hari berikutnya.[8]
Rujukan
^ abGarthoff, Raymond L. (1994). The Great Transition: American-Soviet Relations and the End of the Cold War. Washington, DC: Brookings Institution. m/s. 326. ISBN978-0-8157-3060-6. The reason for this precision of timing… was a mystery to almost everyone in both governments… Only much later did it become known that the time had been selected as propitious by Nancy Reagan's astrologer