Dalam pembukaan hujung minggu, filem ini mencapai kedudukan #2; dan dalam minggu pertama, filem ini mengaut $40 juta, yang merupakan daripada 40% daripada "$95 juta bajet". [5] Kritikan dan penerimaan adalah bercampur. Filem ini telah mengaut sejumlah US$ 166,795,311 di seluruh dunia lepas 18 hari diterbitkan.
Sinopsis
Di bahagian atas Bangunan Empire State, Poseidon (Kevin McKidd) bertemu dengan Zeus (Sean Bean), yang mengulas bahawa awan ribut ketika itu tiada kilat kerana panah petirnya telah dicuri. Beliau menyalahkan putera Poseidon bagi kecurian itu. Meskipun Poseidon menegaskan anaknya tidak bersalah, Zeus memberikan Poseidon selama 14 hari untuk mengembalikannya, supaya tidak tercetusnya perang.
Ketika lawatan ke muzium pameran seni Yunani dan Rom, remaja bernama Percy Jackson (Logan Lerman), telah ditarik jauh dari orang ramai oleh seorang Fury yang menyamar sebagai pengganti guru Bahasa Inggeris, yang kemudian menyerang Percy dan bertanya kepadanya tentang panah petir. Percy, yang tidak tahu menahu, diselamatkan oleh guru Bahasa Latin, Encik Brunner (Pierce Brosnan). Setelah menghalau si Fury, Brunner memberi Percy pen ajaib. Atas arahan Brunner, sahabat Percy, Grover (Brandon T. Jackson), membawa Percy ke sebuah kem latihan untuk separa dewa, Kem Kacukan, bersama dengan ibu Percy, Sally Jackson (Catherine keener). Dalam perjalanan mereka ke kem, Percy cuba untuk bertanya tentang ayah kandungnya daripada Sally, tetapi mereka diserang oleh Minotaur. Meskipun Percy dan Grover, yang sebenarnya seekor satir, mampu melepasi sempadan kem, pertahanan kem itu melarang Sally masuk lalu ditangkap oleh Minotaur, dan menghilang ke alam barzakh. Percy berhadapan Minotaur dengan pen ajaibnya, yang berubah menjadi pedang bernama Riptide, dan akhirnya membunuh makhluk dengan salah satu tanduk makhluk itu.
Ketika meninjau Kem Kacukan, Percy mengetahui bahawa Brunner adalah sentora mitos bernama Chiron, dan pelatih di kem itu, dan bahawa ayahnya adalah dewa Poseidon. Dia juga bertemu Luke Castellan (Jake Abel), putera Hermes, dan Annabeth Chase (Alexandra Daddario), putrei yang dewi Athena. Sementara di kem, Percy mempelajari bahawa air mempunyai kekuatan untuk menyembuhkan luka-lukanya, dan membolehkan dia untuk mewujudkan kemampuan kuasanya.
Hades kemudian muncul dan mendedahkan bahawa Sally Jackson kini dalam tawanan, dan mencadangkan Percy menyerahkan panah petir Zeus. Chiron mengarahkan agar Percy tidak berunding dengan Hades tetapi pergi ke Olympus untuk meyakinkan Zeus bahawa dia tidak bersalah. Percy menyelinap keluar dari kem untuk ke alam barzakh, bersama Grover dan Annabeth, dan Luke memberikan kepadanya perisai, kasut terbang dan sebuah peta untuk mendapatkan mutiara Persephone (Rosario Dawson), salah satu cara untuk keluar dari alam barzakh.
Di Emporium Taman Makcik Em, ketiga-tiganya diserang oleh Medusa (Uma Thurman), tetapi berjaya memenggal kepalanya, dan mendapatkan mutiara dari gelangnya. Mereka juga menyimpan kepalanya, yang mereka kemudiannya berjaya digunakan untuk melawan hydra yang menyerang mereka semasa mereka cuba mengambil mutiara dari mahkota patung gergasi Athena pada replika Parthenon dalam Nashville, Tennessee. Mereka memperoleh mutiara ketiga dan terakhir dari roda roulette di sebuah hotel kasino di Las Vegas, Nevada, dengan bantuan Poseidon, yang membantu mereka melawan Lotus Eaters. Peta mendedahkan yang pintu masuk ke alam barzakh terletak di Hollywood, California, di bawah Papan Tanda Hollywood.
Ketiga-tiga mereka memasuki alam barzakh, di mana, setelah melakukan perjalanan melintasi Sungai Styx, mereka bertemu Persephone, yang membawa mereka berjumpa Hades. Percy cuba untuk menjelaskan kepada Hades bahawa dia bukan pencuri petir. Selama huru-hara seterusnya, Percy terjatuhkan perisai, yang sebenarnya tepat disembunyikan panah petir utama yang hilang. Mereka Berjaya menyelamatkan Sally dan petir itu dari Hades dan terus ke bahagian atas Bangunan Empire State, yang merupakan lokasi untuk pintu masuk ke Olympus. Mereka kemudian berjumpa dengan Luke, yang menyatakan diri dia sebenarnya adalah pencuri petir itu. Beliau menyatakan keinginannya untuk generasi baru mengambil alih kekuasan Olympus, beliau menjelaskan bahawa beliau berharap mereka bertiga itu tidak akan lepas dari alam barzakh hidup-hidup, dan selepas merampas panah petir dari Percy, mereka berdua berlawan. Selepas menggunakan kekuatan air untuk menewaskan Luke, Percy tiba di Olympus, mengembalikan panah petir, dan menyatakan kebenaran tentang Luke. Poseidon menjelaskan kepada Percy alasan mengapa mereka tidak boleh saling mengenali ketika zaman kanak-kanaknya, tetapi menyatakan cintanya kepada anaknya. Percy kembali ke Kem Kacukan, tempat latihannya.
Pada bulan Jun 2004, 20th Century Fox memperolehi hak filem untuk buku. [11] Pada April 2007, pengarah Chris Columbus ditugaskan untuk memimpin projek ini. .[12] Penggambaran bermula pada bulan April 2009 di Vancouver. [8] Beberapa bahagian daripada filem dirakam di Parthenon di Nashville, Tennessee, sebuah replika skala penuh Parthenon asal di Athens. [13] Filem itu siap penggambarannya pada pagi hari 25 Julai 2009 di Vancouver, British Columbia. Perantara digital pula bermula di San Francisco pada November 2009. [14] Christophe Beck pula telah diberi amanah untuk mengarang skor.[15]
Columbus telah menyatakan bahawa para pelakon yang dipilih secara khusus dengan turutan dalam fikiran. "Saya berpikir dengan Percy Jackson, ia adalah masalah untuk mencari orang yang tepat untuk masuk ke dalam watak tersebut, seperti barisan pelakon yang sempurna untuk watak ini, kerana mudah-mudahan, kita akan terus melakukan filem Percy Jackson lain dan anda ingin pelakon untuk berkembang bersama watak mereka." [16]
Penerimaan
Pecah Panggung
Filem ini dibuka pada 12 Februari 2010 di 3,356 pawagam; pembukaannya hujung minggunya memecah panggung dengan jumlah $ 31,236,067 [17] di AS, berada di #3 di belakang The Wolfman, yang dibuka pada #2 dengan $ 31,479,235 dan Valentine’s Day yang dibuka #1 dengan $ 56,260,707.[18] Filem itu mempunyai pembukaan hujung minggu yang kuat untuk genre seperti ini, memperoleh pembukaan tertinggi untuk sebuah filem fantasi yang bukan dari siri Harry Potter, Narnia, atau Lord of the Rings.[19] Sehingga 1 Mac 2010, ini adalah filem terlaris di seluruh dunia pada tahun 2010. [20]
Kritikan maklum balas
Penerimaan kritikan bagi filem ini adalah bercampur, seperti ditunjukkan oleh skor rata-rata mendapat 48 daripada 100 daripada Metacritic. [21] Filem ketika ini memegang 50% 'busuk' pada rating Rotten Tomatoes, berdasarkan pada 119 ulasan; yang kebanyakan mempersetujui umum bahawa filem "mungkin tampak seperti tiruan Harry Potter, sekadar memanfaatkan pelakon sampingan yang kuat, jalan cerita yang cepat, dan banyak keseronokan bermain dengan mitologi Yunani". [22] Kenneth Turan dari Los Angeles Times menggambarkan filem ini sebagai "produk seronok-seronok... tidak mencabar dan tidak menarik." [23]The Washington Post pula berpendapat bahawa "filem itu sendiri menderita dengan terlalu sedikit seriusnya. Ia bukan hanya tidak selucu buku. Ia juga tidak seseronok buku." [24]
BBC Radio 5 mengkritik kesamaan filem bagi pengarah Chris Columbus untuk filem Harry Potter.[25]
^ abSiegel, Tatiana (March 2, 2009). "'Percy Jackson' finds lead actors". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2009. Dicapai pada May 15, 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)