Perang Belanda-England ([Engels–Nederlandse Oorlogen atau Engelse Zeeoorlogen] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah satu siri peperangan yang berlaku di antara England (kemudian Britain) dan Belanda pada kurun ke-17 dan 18 untuk mengawal laut dan laluan perdagangan. Perang Belanda-England Pertama meletus semasa Tempoh Peralihan England, dan berlaku di antara Komanwel England dan Republik Belanda (juga dikenali sebagai Wilayah-Wilayah Bersatu). Perang Kedua dan Ketiga berlaku selepas Tempoh Pengembalian Takhta England, dan melibatkan Kerajaan England dan Republik Belanda. Perang Keempat berlaku selepas Akta Kesatuan, dan melibatkan Kerajaan Great Britain dan Republik Belanda.
Meskipun England akhirnya menjadi sebuah kuasa besar dunia, Belanda mencapai beberapa kemenangan penting.
Pautan luar