Perang Austria-Prusia

Perang Austria-Prusia (Perang Tujuh Minggu)
Sebahagian daripada peperangan penyatuan Jerman

Battle of Königgrätz, karya Georg Bleibtreu. Cat minyak di atas kanvas 1869.
Tarikh14 Jun – 23 Ogos 1866
Lokasi
Bohemia, Jerman, Itali dan Laut Adriatik
Keputusan Kemenangan muktamad Prusia-Itali
Perubahan
wilayah

Perdamaian Prague

Pihak yang terlibat

 Empayar Austria
Sachsen Saxony
Bavaria
Baden
Kerajaan Württemberg Württemberg
Hanover
Hesse-Darmstadt
Hesse-Kassel
Reuss Elder Line
Saxe-Meiningen
Schaumburg-Lippe

Nassau

Prusia
Itali Itali
Mecklenburg-Schwerin
Mecklenburg-Strelitz
Oldenburg
Anhalt
Brunswick
Saxe-Altenburg
Saxe-Coburg dan Gotha
Lippe
Schwarzburg
Waldeck
Bremen
Hamburg

Lübeck
Kekuatan
600,000 tentera Austria dan sekutu Jermannya 500,000 tentera Prusia dan sekutu Jermannya
300,000 tentera Itali
Kerugian dan korban
Austria: lebih dari 71,000[1][2] 37,000 mati atau terluka (tentera Jerman dan Itali)

Perang Austria-Prusia, di Jerman dikenali sebagai Deutscher Krieg ("Perang Jerman"), atau Perang Tujuh Minggu, Perang Penyatuan[3], atau Bruderkrieg ("Perang Sivil Jerman"), adalah sebuah perang yang terjadi di tahun 1866 antara Gabungan Jerman di bawah kepimpinan Empayar Austria dan sekutu-sekutu Jermannya pada satu sisi, melawan Kerajaan Prusia dengan sekutu-sekutu Jermannya dan dibantu oleh Itali di sisi lain, yang mengakibatkan dominasi Prusia terhadap negara-negara Jerman lainnya. Di Jerman dan Austria, perang ini juga disebut Österreichisch-preussischer Krieg ("Perang Austria-Prusia"). Dalam proses Penyatuan Itali, perang ini disebut Perang Kemerdekaan Itali Ketiga.

Selepas Perang Austria-Prusia. Prusia (biru gelap) dan sekutunya (biru), Austria (merah) dan sekutunya (merah jambu). Ahli Gabungan Jerman yang neutral berwarna hijau, keuntungan wilayah Prssia selepas perang berwarna biru muda.

Keputusan utama perang adalah pergeseran kuasa di antara negara-negara Jerman dari Austria dan ke arah hegemoni Prusia, dan dorongan terhadap penyatuan semua negara di bahagian Jerman utara menjadi Kleindeutschland (Jerman bersatu yang lebih kecil) yang mengecualikan Austria. Perang ini menghapuskan Gabungan Jerman dan menimbulkan penggantian separa oleh Gabungan Jerman Utara yang mengecualikan Austria dan negara-negara Jerman di bahagian selatan. Perang juga menyebabkan pengilhakan wilayah Austria (Venice) oleh Itali.

Rujukan

  1. ^ "Dle rakouskeho vojenskeho kalendare..." Světozor (8): 80. 30 Ogos 1867.
  2. ^ According to 1867 Austrian military yearbook losses of the North Army were 62,789 killed, wounded and missing, South Army 8,470. Referenced e.g. in Světozor, 30 Ogos 1867
  3. ^ Rudolf Winziers (April 17, 2001). "Unification War 1866". Royal Bavarian 5th Infantry. Dicapai pada 2009-03-19.

Pautan luar