Dermochelys coriacea schlegeli Mertens, Müller & Rust, 1934 (ex errore)
Chelyra coriacea Bourret, 1941
Seytina coriacea Bourret, 1941
Sphargis schlegelii Bourret, 1941
Dermochelys coriacea schlegelii Carr, 1952
Dermochelys coriacea schlegelli Caldwell, 1962 (ex errore)
Dermochelys schlegeli Barker, 1964
Dermochelys coricea Das, 1985 (ex errore)
Penyu belimbing (Dermochelys coriacea)[5] ialah satu-satunya spesies penyu dari genusDermochelyskeluargaDermochelyidae.[6] Ia merupakan spesies penyu terbesar di dunia. panjang karapasnya boleh mencapai 2 meter dan beratnya mencecah 500 kilogram.
Penyu ini mendapat namanya daripada bentuk cangkerang karapasnya yang berjalur memanjang dan berbucu atau bersanding-sanding seakan-akan buah belimbing besi.[5]
Nama saintifik keluarga Dermochelys berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu derma (kulit) and chelys (penyu). Nama spesies pula berasal daripada perkataan Yunani corium ("kulit lembu"). Oleh itu nama saintifik penyu Belimbing, Dermochelys coriacea bererti penyu berkulit seperti kulit lembu.
Ciri-ciri dan anatomi
Seperti namanya, cengkerang penyu dari spesies ini mempunyai 7 jalur memanjang seperti buah belimbing. Warna badannya kehitam-hitaman berbintik putih.[5]
Taburan dan habitat
Terdapat beberapa subpopulasi Penyu belimbing dari seluruh dunia iaitu;
Subpopulasi Lautan Atlantik
Subpopulasi Lautan Pasifik
Subpopulasi Laut China Selatan
Subpopulasi Lautan Hindi
Ekologi
Penyu ini berpotensi menyelam sedalam 400 hingga 1,200 meter dalam.[5]
Pemakanan
Makanan utama penyu jenis ini ialah obor-obor; ia dapat menangkap obor-obor dengan mulutnya yang melengkung sesuai dan memudahkan untuk memburu haiwan mangsa ini.[5]
Pembiakan
Penyu betina akan menghasilkan telur dan perlu mencari pasangannya untuk bersenyawa sebelum naik ke darat bagi melepaskan telur sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh tiga minggu.[8] Jika kekurangan penyu belimbing jantan, maka peluang penyu betina untuk bersenyawa amat tipis. Malah, apabila mencapai tempoh matang, penyu betina akan menghasilkan telur, namun jika tidak berlaku proses persenyawaan, embrio telur itu tidak akan berkembang untuk menetaskan anak penyu.[8]
Penyu belimbing selalunya memilih kawasan pantai yang gelap, sunyi dan berpasir untuk bertelur. Penyu ini singgah di beberapa tempat tertentu yang sesuai iaitu di Malaysia selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas". Di Malaysia, penyu belimbing ini hanya mendarat di pantai Terengganu terutamanya Rantau Abang, dan Pahang sahaja. Musim bertelurnya pada bulan Mei hingga Ogos dan musim kemuncaknya pada bulan Jun dan Julai.[5]
Penyu ini bertelur sebanyak 60 hingga 120 biji telur setiap pendaratan. Berdasarkan rekod penandaan oleh Jabatan Perikanan di Rantau Abang, penyu ini tidak bertelur setiap tahun walaupun ia boleh bertelur sehingga sembilan kali setahun dengan purata empat hingga lima kali setahun.[5][9]
Status pemuliharaan
Ancaman
Di beberapa negara, kehadiran penyu ini dieksploitasi bagi tujuan komersil termasuk untuk minyak, kulit dan dagingnya.[9]
Pemburuan daging penyu oleh manusia menjadi faktor spesies tersebut di ambang kepupusan ekoran terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan daging penyu sebagai korban sajian ketika menjalankan upacara ritual keagamaan.[8]
Pembangunan di pesisir pantai menjejaskan pendaratan penyu ke pantai. Sebarang pancaran cahaya dari hotel atau resort mengganggu penyu betina yang memerlukan suasana sunyi, bersih dan gelap untuk bertelur.[8]
Program
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi masalah kepupusan Penyu belimbing yang mendarat di pantai. Antaranya ialah penggunaan Peranti Penyisih Penyu (TED) oleh nelayan pukat tunda pada musim tengkujuh bagi operasi menangkap udang di kawasan Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Johor diharap dapat mengurangkan kadar kematian penyu. Pemasangan TED bertujuan membebaskan penyu yang terperangkap dalam pukat tunda udang dengan berenang keluar melalui injap peranti tersebut dalam tempoh kira-kira tiga minit.[8]
Pada pertengahan 2007, Jabatan Perikanan Malaysia pernah merancang pelan untuk mengklon Penyu belimbing bagi mengatasi masalah kekurangan populasinya yang mendarat di pantai. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak diteruskan kerana saintis berpendapat bahawa proses pengklonan hanya berjaya terhadap haiwan mamalia seperti anjing, kambing, kucing dan lembu.[10]
Namun, pendaratan seekor penyu pada tahun 2017 mengujakan banyak pihak terutamanya pasukan penyelidik selepas kali terakhir spesies itu dilihat mendarat di Pantai Rantau Abang pada 8 Ogos 2010. Malangnya, 92 biji telur yang dikatakan dari penyu belimbing, yang ditemui di dalam sarang di Pantai Rhu Kubur pada 9 September dan 32 biji lagi di pantai Kampung Jambu Bongkok pada 20 September lalu adalah rosak dan tidak boleh disenyawakan.[8] Hal ini disebabkan telur yang dihasilkan penyu betina tersebut tidak sempat disenyawakan dengan penyu jantan.
Undang-undang
Kehadiran haiwan ini di sepanjang pantai Terengganu merancakkan aktiviti pelancongan dan penjualan telur. Walau bagaimanapun, mulai tahun 1990, kerajaan negeri Terengganu mengharamkan pemakanan telurnya.[9]
Haiwan ini dilindungi dan diwartakan di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985; peraturan-peraturan Perikanan pengawalan spesies ikan marin terancam (pindaan) 2008. Akta ini memperuntukkan mana-mana individu yang mengganggu, mengambil, menangkap, memiliki, membunuh, memburu dan memperdagangkan sama ada telur atau anggota haiwan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.[8]
Kerajaan Negeri Terengganu juga melindungi haiwan ini melalui Enakmen Penyu Negeri Terengganu (pindaan) 1987.[8] Ia juga merupakan spesies "satwa yang dilindungi" di bawah undang-undang Indonesia.[11]
^Uwe, Fritz; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World"(PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 174–176. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
Audubon Mencerap Penyu Laut Florida — James Audubon, seorang ahli naturalisme yang termasyhur, mencerap tabiat Penyu Laut Florida membuat sarang, termasuk Penyu Belimbing (1832).