Penyeberangan Sungai Delaware oleh Washington
Templat:Campaignbox American Revolutionary War: Northern 1775 Penyeberangan Sungai Delaware oleh Washington berlaku pada malam 25-26 Disember, 1776, semasa Perang Revolusi Amerika merupakan gerakan pertama dalam serangan mengejut yang diatur oleh George Washington menentang tentera Hessian di seberang sungai berais di Trenton, New Jersey pada pagi 26 Disember. Dalam serangan rahsia ini, Washington telah memimpin sepasukan Angkatan Tentera Benua menyeberangi Sungai Delaware berais. Walaupun beberapa operasi terdahulu sama ada dibatalkan atau tidak berkesan, ia tidak menghalang Washington dari mengejutkan dan mengalahkan pasukan tentera Johann Rall yang menduduki Trenton. Tentera Benua kemudian menyeberangi semula ke Pennsylvania, kali ini membawa tawanan dan bekalan tentera yang diperolehi dalam pertempuran ini. Tentera Washington kemudian menyeberangi sungai untuk kali ketiga pada hujung tahun, dalam keadaan ais yang lebih sukar dan tidak diketahui ketebalannya. Mereka berjaya mengalahkan pasukan bantuan Britain di bawah arahan Lord Cornwallis di Trenton pada 2 Januari, 1777, dan mengalahkan pengawal beliau di Princeton pada 3 Januari, sebelum berundur ke kuarter musim sejuk di Morristown, New Jersey. Latar belakangMeskipun tahun 1776 bermula dengan baik bagi Amerika dengan pengunduran tentera British dari Boston pada bulan Mac, benteng pertahanan di New York City agak lemah. Jeneral British William Howe mendaratkan pasukan tentera di Long Island pada bulan Ogos dan berjaya mengundurkan pasukan tentera yang dipimpin oleh George Washington keluar dari New York pada pertengahan November, beliau kemudian berjaya menawan sisa tentera di Manhattan.[1] Howe kemudian menghantar tentera di bawah arahan Charles Cornwallis menyeberang Sungai Hudson masuk ke New Jersey dan menghalau Washington di seluruh New Jersey. Saiz tentera Washington mula menyusut, di sebabkan tempoh perkhidmatan yang telah tamat dan mereka yang melarikan diri dari perang. Tentera ini mula menghadapi moral rendah di sebabkan oleh kekalahan di New York. Kebanyakan tentera Washington menyeberangi Sungai Delaware untuk masuk ke Pennsylvania melalui utara Trenton, New Jersey, dan memusnahkan atau mengalihkan bot-bot beberapa batu ke tebing sebelah barat dalam kedua-dua arah. Howe dan Cornwallis, di sebalik cubaan untuk menghalau secepat-cepatnya Washington, membina serantaian pusat kawalan bermula dari New Brunswick sehingga ke Burlington, termasuk satu di Bordentown dan satu di Trenton, dan mengarahkan tentera mereka berada di dalam kuarter musim sejuk.[2] Lihat juga
NotaRujukan
Pautan luar
Dengar rencana (info/dl)
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2011-07-29, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)
Templat:New Jersey in the American Revolutionary War Templat:Pennsylvania during the American Revolutionary War Information related to Penyeberangan Sungai Delaware oleh Washington |