Selepas kematian Robert dari Courtenay pada tahun 1228, sebuah kemahkotaan baru di bawah John dari Brienne telah diasaskan. Selepas malapetaka kekalahan Epirote kepada orang Bulgaria dalam Pertempuran Klokotnitsa,[1][2] ancaman Epirote ke atas empayar Latin dihapuskan, tetapi datang pula ancaman baru daripada empayar Nicaea, yang mana mula memperolehi wilayah jajahan di Greece. Maharaja John III Doukas Vatatzes dari Nicaea memuktamadkan perikatan dengan Bulgaria, yang mana pada tahun 1235 menghasilkan kempen bersama menentang empayar Latin.
Pengepungan
Pada tahun 1235, Angelo Sanudo menghantar satu skuadron laut untuk mempertahankan Constantinople, di mana MaharajaJohn dari Brienne sedang dikepung oleh John III Doukas Vatatzes, Maharaja Nicaea, dan Ivan Asen II dari Bulgaria. Pengepungan bersama oleh Bulgaria-Nicaea tidak berjaya.[3] Perikatan ini berundur pada musim luruh di sebabkan musim sejuk yang akan datang. Ivan Asen II dan Vatatzes bersetuju untuk meneruskan pengepungan pada tahun hadapan tetapi Maharaja Bulgaria enggan untuk menghantar tentera. Dengan kematian John dari Brienne pada tahun 1237, Bulgaria membatalkan perjanjian dengan Vatatzes di sebabkan kemungkinan Ivan Asen II mungkin boleh menjadi pemangku raja bagi empayar Latin.[perlu rujukan]
Dengan campur tangan lanjut oleh Angelo, satu gencatan senjata telah ditandatangani antara dua buah empayar ini selama dua tahun.
u0
Selepas kejadian
Menjelang tahun 1247, wilayah Nicaea mengelilingi Constantinople, dengan satu-satunya halangan adalah tembok-tembok yang menjadikan kedudukan Nicea kekal di muara, dan Pertempuran Pelagonia pada tahun 1258 memberi isyarat permulaan akan pengakhiran penguasaan Latin di Greece. Maka, pada 25 Julai, 1261, dengan kebanyakan tentera Latin berjauhan dalam kempen ketenteraan, jeneral Nicaea Alexios Strategopoulos[4] menyedari pintu masuk ke kota yang tidak dikawal, dan memasuki kota bersama-sama tentera beliau, memulihkan empayr Byzantine untuk tuan beliau, Michael VIII Palaiologos.
Langdon, John S. (1985). "The Forgotten Byzantino-Bulgarian Assault and Siege of Constantinople 1235-1236 and the Breakup of the 'Entente Cordiale' Between John III Ducas Vatatzes and John Asen II in 1236 as Background to the Genesis of the Hohenstaufen-Vatatzes alliance of 1242". Byzantine Studies in Honor of Milton V. Anastos. Malibu. m/s. 105–136.