Pelodiscus sinensis atau dikenali sebagai Labi-labi China merupakan sejenis labi-labi yang terdapat di China (termasuk Manchuria), Taiwan, Vietnam Utara, Jepun and Russia.[3][4]. Labi-labi China bersaiz sekitar 20 - 35 cm (8 - 14 inci). Labi-labi China aktif dan memburu makanan pada waktu malam. Ia memiliki muncung hidung yang panjang yang digunakan bagi bernafas seperti snorkel.
Labi-labi ini merupakan haiwan pemangsa yang memilik rahang yang kuat yang digunakan bagi memburu dan mempertahankan diri dan merupakan pemangsa yang baik dalam habitat akuatik mereka. Jangka hayatnya tidak diketahui.
Tidak seperti kura-kura lain, labi-labi China ini tidak mampu menyembunyikan kepalanya ke dalam cengkerangnya, Ia juga memiliki cengkerang yang lembut dan bergantung pada rahang dan gigitannya yang kuat bagi mempertahankan diri.
Permakanan
Ia merupakan haiwan pemangsa malam yang makan semua haiwan yang dapat ditangkap oleh mereka termasuk siput, moluska, ketam, ikan, udang, serangga, katak, dan cacing.
Pembiakan
Tempoh matang labi-labi ini tidak diketahui. Labi-labi China betina akan membina sarang dan bertelur di tebing paya atau kolam. Telor-telor itu akan dikambus dan ditinggalkan tanpa dijaga untuk berkembang bersendirian. Selepas tempoh sekitar 28 hari anak labi-labi akan menetas dan menggali keluar dari sarang di bawah tanah mereka dan merangkak keluar untuk mencari perlindungan di dalam air.
Habitat
Kebanyakan labi-labi China ini tinggal di kawasan air tenang dengan dasar berpasir atau berlumpur seperti anak sungai, sungai tenang, paya, tasik dan takungan air di China, Korea dan Jepun. kadang kala mereka berjemur panas matahari tetapi kembali ke air apabila diancam.
Sinonim
Testudo rostrata Thunberg, 1787 (nomen suppressum)
Testudo striata Suckow, 1798
Testudo semimembranacea Hermann, 1804 (nomen suppressum et rejectum)
Emydes rostrata – Brongniart, 1805
Trionyx (Aspidonectes) sinensis Wiegmann, 1834 (nomen conservandum)
^Mitchell, J. C., B. W. Steury, K. A. Buhlmann, & P. P. van Dijk (2007). "Chinese softshell turtle (Pelodiscus sinensis) in the Potomac River and notes on eastern spiny softshells (Apalone spinifera) in Northern Virginia". Banisteria. 30: 41–43.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Fritz Uwe (2007). "Checklist of Chelonians of the World"(PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 319–320. ISSN 18640-5755. Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)