Pecah (filem)

Pecah
PengarahAsrulhisyam Ahmad
Lakon layarSha Hanim Ramli
Azril Hamzah
BerdasarkanPecah oleh Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin
Mohd Anizan Sarif (eksekutif)
Shah Hassan (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMohd Shaufe A. Wahub
Disunting olehJohan Bahar
Muzik olehEdrie Hashim
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Lightbulb Pictures
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 13 Jun 2013 (2013-06-13) (Malaysia)
Masa tayangan
96 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pecah ialah sebuah filem aksi Malaysia 2013 arahan Asrul Hisham Ahmad terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures. Filem ini ditayangkan pada 13 Jun 2013.[1]

Sinopsis

Kisah dibuka dengan imbasan semula insiden bila Bakar yang sedang masuk ke rumah telah tersilap menyangkakan yang Sarah adalah isterinya Nora – Sarah dirogol oleh bapanya sendiri, Bakar. Sarah melahirkan anak haram Bakar tetapi nyawanya telah diambil sebagai ganti. Kembali ke masa kini; di sebuah bank, satu rompakan sedang berlaku dimana Alan, Herman, Radi dan Don adalah perompak bersenjata itu. Dalam kekalutan mengambil wang dan peti ‘safe deposit’, Alan ditembak dan cedera. Walau bagaimanapun, semua perompak telah Berjaya melarikan diri dengan hasil wang rompakan sebanyak RM300,000. Dalam masa yang sama, di Rumah Orang Tua Seri Memori kelihatan seorang pekerja wanita bernama Lydia sedang terkocoh-kocoh membantu Bakar yang pengsan dengan tiba-tiba. Bakar dibawa ke hospital.

Oleh kerana kecederaan Alan yang teruk, Herman selaku ketua kumpulan mencadangkan Alan dihantar ke hospital berdekatan dan dalam masa yang sama wang hasil rompakan disorokkan di dalam hospital yang sama dimana Bakar juga di bawa. Pasukan polis pula telah mula menjalankan siasatan dan Inspektor Haikal diarahkan untuk mengetuainya. Kazim, pegawai bank disoal siasat tentang perkara ini.

Pelakon

Penerbitan

Pecah diadaptasi dari novel terbitan Buku FIXI dengan judul sama yang dikarang oleh Khairulnizam Bakeri. Ia merupakan filem kedua arahan Asrul Hisham Ahmad selepas Sesuatu Yang Tertinggal (2012).[2]

Menurut Asrul Hisham atau Black, Pecah disifatkan sebagai karya yang mencabar ekoran dirinya perlu memastikan karyanya itu setanding dengan karya asal bagi memuaskan hati pembaca novel tersebut.[2] Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur dan Wangsa Maju.[3]

Rujukan

  1. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (25 April 2013). "Filem Pecah bakal pecah panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  2. ^ a b Raziatul Hanim A. Rajak (13 Jun 2013). "Pecah, dari novel ke filem". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  3. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (7 Januari 2017). "Teruja jayakan filem Pecah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 16 Mei 2018.

Pautan luar