Filem ini menceritakan awal tentang seorang pengusaha produk farmasi diantaranya parfume dan losyen serbaguna yang berdiri oleh Bro Khalid namanya "Broway", tiba-tiba ada kedatangan zombi lebih menakutkan di ruang garasi.
Sinopsis
Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur.
Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan. 5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergembira pada malam sambutan tahun baru di lembah Klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. Virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. Lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai sejauh Sarawak. Dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis – seorang kaki teori konspirasi – mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.
KL Zombi diarahkan oleh Woo Ming Jin dan diterbitkan oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin untuk Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures. Ia berdasarkan dari novel terbitan Buku FIXI, Zombijaya hasil nukilan Adib Zaini yang turut menulis skrip filem ini. Hampir 50% isi kandungan novel ini dimuatkan dalam KL Zombi. Suntingan untuk filem ini dilakukan oleh Kenny Kuang Eng Chua, manakala muzik disediakan oleh Sebastien Pan. Shah Rempit bertindak sebagai penyelaras aksi lagak ngeri. Filem ini turut menggunakan teknik solekan khas daripada Ella Sandera bagi menghidupkan watak zombi yang lebih realistik.[5] Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta bercakap mengenai filem ini:[6]
"Selaras dengan misi kami untuk menjadi penanda aras baru filem tempatan, KL Zombi merupakan filem pertama yang menampilkan zombi-zombi dengan solekan kesan khas yang merangkumi prostesis, lateks dan kanta lekap khas serta baju yang dilusuhkan dan diubah untuk mengikut watak zombi-zombi tersebut. Selain itu, lokasi-lokasi yang dipilih terpaksa dikucar-kacirkan dan dikotorkan untuk memberi gambaran suasana terbiar selepas serangan zombi,[6]
Mohd Al-Qayum Azizi dari mSTAR Online menulis bahawa KL Zombi ialah sebuah karya ringan tanpa plot yang berat dan ia sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Beliau turut membandingkan persamaan filem ini dengan filem Hollywood, Zombieland lakonan Emma Stone dan Abigail Breslin dan filem tempatan, Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid.[9]Thought On Films menyifatkan KL Zombi dilihat sebagai filem Zizan Razak daripada apa-apa lagi dan merasakan terdapat sebahagian apa yang perlu dibuat dalam filem ini.[Penjelasan diperlukan][10]
Keluaran dan sambutan
KL Zombi ditayangkan pada 29 Ogos 2013 hingga kejayaan komersial dan kritis. Zizan Razak dan Siti Saleha menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar; Saleha menerima pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2014 bagi Bintang Filem Meletop. Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM 2 juta, empat hari selepas tayangan perdana.[11][12]
Untuk mempromosikan filem ini, Grand Brilliance telah memuat naik treler 90 saat filem KL Zombi di laman YouTube rasmi mereka dan menerima maklum balas positif daripada netizen.[6][13] Filem ini juga dipertontonkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Puchon (PiFan) di Puchon, Korea Selatan pada 17 Julai 2014.[14][15]
Pada 15 Ogos 2017, filem ini boleh didapati secara eksklusif di Netflix.[16]