Ia merupakan pasar hujung minggu terbesar dan paling beraneka di dunia, dengan lebih daripada 200 000 pengunjung setiap hujung minggu.[3][5][6]
Sejarah
Pasar Chatuchak telah dibuka sejak tahun 1942.[7] Pada tahun 1948, Perdana Menteri Plaek Phibunsongkhram menggubal dasar yang menghendaki setiap wilayah untuk ada sebuah pasar sendiri. Bangkok memilih Sanam Luang sebagai tapak pasar mereka. Beberapa bulan kemudian, kerajaan memindahkan pasar tersebut ke Sanam Chai. Ia dipindahkan semula ke Sanam Luang pada tahun 1958.
Bermula dari tahun 1975, Jeneral Kriangsak Chamanan melaksanakan dasar untuk menjadikan Sanam Luang sebagai tempat riadah untuk penduduk dan upacara peringatan. Oleh sebab Jeneral Kriangsak Chamanan pengerusi Kereta Api Negara Thailand pada masa itu, beliau membenarkan tanah di sebelah selatan Taman Chatuchak dijadikan sebagai pasar. Rancangan beliau adalah untuk mengitar semula Gunung Sampah Din Daeng yang telah digunakan sebagai tapak pelupusan sampah sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Beliau merekrut jurutera-jurutera tentera untuk mengusahakannya dan taman tersebut berjaya disiapkan pada tahun 1978, sewaktu Jeneral Kriangsak Chomanan menjadi Perdana Menteri.[8][9]
Tahun 1983, semua peniaga telah berpindah ke Chatuchak. Pada masa itu, pasar itu bernama Pasar Phahonyothin. Pada tahun 1987, namanya ditukarkan kepada Pasar Chatuchak.[10]
Mercu tanda yang khas di Pasar Chatuchak ialah sebuah menara jam. Ia dibina pada tahun 1987 sempena hari keputeraan yang ke-60 Raja Bhumibol Adulyadej pada 5 Disember 1987, hasil kerjasama pentadbiran pasaran itu dan Persatuan Pedagang Thai-Cina.[11]
Ekonomi
Sewa bulanan sebuah gerai untuk peniaga di Pasar Chatuchak adalah antara 10 600 hingga 17 700 baht. Kajian Universiti Dewan Perniagaan Thai (UTCC) mendapati kebanyakan peniaga telah menjual di pasar hujung minggu itu selama empat hingga enam tahun dan mempunyai hasil jualan purata sebanyak 139 500 baht sebulan.[2]
Perdagangan hidupan liar haram
Kajian menunjukkan bahawa Pasar Chatuchak ialah pusat perdagangan hidupan liar haram.[12][13]
Dalam tinjauan 28–29 Mac 2015, penyelidik mengira terdapat 1271 ekor burung daripada 117 spesies yang dijual di 45 buah kedai/gerai. Daripada semua itu, sembilan spesies tersenarai sebagai spesies "Terancam" dalam Senarai Merah IUCN dan lapan spesies sebagai "Hampir Terancam".[12]:24-29[14]
Seksyen pasar
Pakaian dan aksesori (seksyen 2–6, 10–26)
Kraftangan (seksyen 8–11)
Tembikar (seksyen 11, 13, 15, 17, 19, 25)
Perabot dan hiasan rumah (seksyen 1,3,4,7,8)
Makanan dan minuman (seksyen 2, 3, 4, 23, 24, 26, 27)
Pokok dan alat berkebun (seksyen 3, 4)
Seni dan galeri (seksyen 7)
Haiwan peliharaan dan aksesori (seksyen 8, 9, 11, 13)
Pasar ini boleh ditemui di tepi Jalan Kamphaeng Phet dan boleh dicapai melalui stesen Kamphaeng Phet (hujung barat) dan Taman Chatuchak (hujung timur) di Laluan Biru MRT. Hujung timur pasar juga boleh dicapai melalui stesen BTS Mo Chit di Laluan Sukhumvit.
^Davies, Ryan (2018-02-05). "Chatuchak's Clock Tower". Chatuchak Market: The World's Largest Weekend Market (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-19.