Parti Liberal (Svensk: Liberalerna, L) atau Parti Rakyat Liberal (Svensk: Folkpartiet liberalerna) ialah sebuah parti politik liberal Sweden yang ditubuhkan pada 1902.
Dalam sejarah, parti ini berkedudukan tengah dalam persekitaran politik Sweden, dan mampu bekerjasama dengan kedua-dua pihak kiri dan kanan. Sejak kepimpinan Lars Leijonborg dan Jan Björklund dalam 2000-an, parti ini mula berorientasi ke arah kanan.[6][7][8] Parti ini merupakan sebahagian pakatan tengah kanan Perikatan yang dipimpin Perdana Menteri Fredrik Reinfeldt dari 2006 hingga 2014. Dasar-dasar parti termasuk tindakan ke arah ekonomi pasaran bebas dan mendesak Sweden untuk menyertai NATO dan zon Euro serta melabur dalam kuasa nuklear;[9] serta mendukung kesaksamaan gender, sistem persekolahan dan pendidikan berkualiti.[6][7]
Rujukan
Pautan luar