Ia kini diwakili satu kerusi dalam Dewan Perundangan Hong Kong serta tiga kerusi dalam perwakilan peringkat daerah kawasan tersebut.
Ideologi
Parti ini berpendirian dalam fahaman demokrasi sosial di bawah prinsip utama yang menumpukan "demokrasi, keadilan, kemampanan dan solidariti". Parti ini turut menuntut pewujudan hak mengundi sejagat, pelaksaanaan undang-undang yang mengalakkan saingan dalam perniagaan serta sekitaran pekerjaan yang sihat malah juga mengalakkan pemulihan pengampunan terhadap Bantahan Dataran Tiananmen 1989.[1] Ia turut menentang pemaktuban Perkara 23 Undang-Undang Dasar Hong Kong yang membenarkan pendakwaan terhadap sesiapa yang dianggap menentang atau menderhaka Pemerintah Pusat Rakyat di Beijing.[1]