Nama Park Tae-su pernah menjadi bualan ramai apabila jaringan sepakan percuma jarak jauh dilakukannya berjaya menerobos gawang mendapat perhatian akaun media sosial badan induk bola sepak dunia, FIFA.
Gol jaringan Park pada minit ke-20 ketika menentang PJ City pada perlawanan pertama Piala Malaysia itu mendapat lebih 5,000 ulang ciapan (retweet) ketika artikel ini ditulis.[2][3]
Kehidupan Peribadi
Park Tae-Soo telah dilahirkan pada 1 Disember 1989 di Incheon, Korea Selatan dan menetap di sana sepanjang masa remajanya. Menurut akaun media sosialnya di Instagram, Park telah berkahwin dengan wanita yang juga berasal dari Korea Selatan sekitar tahun 2014. Pasangan ini telah dikurniakan 2 orang anak lelaki dan kini menetap di negeri Sabah, Malaysia.[4]
Selain dapat berbahasa Korea, Park juga mampu berbahasa Melayu loghat Sabah sejak kedatangannya ke Malaysia pada tahun 2019.
Rakan sepasukannya gemar memanggil Park dengan nama 'Karim' atau 'Pak Karim' dan nama itu melekat sehingga ke hari ini.[2]
Park turut memberikan nama laman Youtube dengan nama KARIM PARK 카림박.[5]
Karier
Park, memulakan karier seniornya bersama kelab Liga K, Incheon United untuk musim 2011, dan penampilan pertamanya untuk kelab baharunya adalah dalam perlawanan Piala Liga K menentang Daejeon Citizen, bermain hampir sepanjang separuh masa kedua dalam perlawanan tersebut.[6] Kemunculannya dalam Liga K adalah sebagai pemain gantian pada minit-minit akhir dalam perlawanan Incheon menentang Gwangju FC pada 22 Mei 2011.[7]
Sabah
Pada 29 Januari 2009, Park telah diikat oleh pasukan Liga Premier Malaysia, Sabah F.C. sebagai pemain pertahanan import mereka.[8] Park menjaringkan gol penyamaan semasa perlawanan awal liga menentang pasukan Terengganu F.C. II sebelum pasukan mereka menang dengan tambahan dua lagi gol daripada rakan sepasukannya.[9] Sepanjang kariernya bersama pasukan ini, beliau telah menunjukkan kemahiran bertahannya yang terbaik untuk menghalang tekanan daripada pasukan lawan sehingga dapat menjadikan pasukan Sabah menjuarai Liga Premier Malaysia 2019. Kali terakhir Sabah menjuarai liga tersebut adalah pada tahun 1996. Kemenangan menjuarai liga itu, pasukan Sabah secara automatik layak ke Liga Super Malaysia 2020.[10][11]
^ abcHafizudin Omar (29 September 2021). "sukanz.com". Pandai Berbahasa Melayu, Park Tae-su turut dipanggil 'Karim' dalam kalangan rakan sepasukan. Dicapai pada 20 July 2022.