Pari (Jawi: ڤاريcode: ms is deprecated ) atau Tohok (Jawi: توهوق) ialah burujterkecil tetapi antara yang paling terkemuka daripada 88 buah buruj moden. Ia menonjol kerana rupa asterismenya; ia mirip suatu palang atau salib pada asasnya lalu memberi nama saintifik antarabangsa diberi iaitu Crux (Cru) kerana terletak jauh di langit selatan sebagai Palang Selatan atau Salib Selatan. Sungguhpun boleh dilihat oleh orang Yunani Purba, buruj ini dilihat sebagai sebahagian daripada buruj Centaurus (Sentaur), dan tidak ditakrifkan atau dipetakan dengan tepat sehingga abad ke-16.
Dikenali sebagai Acrux, Alpha Crucis biru-putih ialah bintang tercerah buruj ini dan bintang bawah bagi palang. Yang hampir-hampir secerahnya ialah Beta dan Gamma, sementara Delta dan Epsilon membentuk asterisme. Banyak bintang lebih cerah dalam buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Kedua-dua sistem bintang telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi empat buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar dengan keadaan optimum. Crux juga mengandungi Peti Permata, sebuah gugusan terbuka cerah, dan Nebula Karung Hitam, nebula gelap paling prominen di langit.
Orang-orang Jawa dan Bugis mengenal rasi ini sebagai "gubuk/rumah miring" (bahasa Jawa: ꦒꦸꦧꦸꦒ꧀ꦥꦺꦚ꧀ꦕꦺꦁ Gubug Pèncèng, bahasa Bugis: Bola képpang atau Boyangképpang).[3] Nama lain yang dipakai orang Bugis adalah tobalu ("janda", terkait dengan legenda). Orang Bajau di perairan selatan Sulawesi mengenalnya sebagai Lalajah.[2]
Intrometida (bahasa Portugis, "rasa ingin tahu")[6]
228
γ Crucis merupakan antara bintang gergasi merah terdekat yang boleh dicapai dari Bumi.
Hubungan dengan manusia
Pemerhatian buruj ini oleh masyarakat Jawa di langit timur pada awal malam menandakan mulanya mengisi padi dituai ke dalam simpanan lumbung; maka buruj ini turut diberi nama Lintang Lumbung (bahasa Jawa: ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁꦭꦸꦩ꧀ꦧꦸꦁ).[2][7]
Masyarakat-masyarakat Hemisfera Selatan menggunakan buruj ini sebagai penunjuk arah selatan di mana 41⁄2 kali jarak γ Crucis ke α Crucis boleh menuju ke titik berhampiran Kutub Selatan sebenar di Bumi.[5] Kepentingan ini mendorong banyak negara di belah bumi ini memaparkan buruj tersebut pada bendera-bendera dikibarkan termasuk Australia, New Zealand dan Samoa. Begitu juga dengan masyarakat Bugis yang khusus berpandukan dua-dua bintang ini serta β Crucis, δ Crucis dan μ Crucis[3] serta orang Bajau.[2]
^Daldjoeni, N. (1984). "Pranatamangsa, the javanese agricultural calendar – Its bioclimatological and sociocultural function in developing rural life". The Environmentalist. 4: 15–18. doi:10.1007/BF01907286. S2CID189914684.
Rujukan
Levy, David H. (2005), Deep Sky Objects, Prometheus Books, ISBN1-59102-361-0
Pasachoff, Jay M. (2006), A Field Guide to the Stars and Planets, Houghton Mifflin
Velt, Kik (1990), Stars Over Tonga, Universiti 'Atenisi