"Parah Parah" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Ayda Jebat. Lagu ini ialah hasil nukilan bersama Ayda, Ezra Kong dan Mimifly dan dikeluarkan pada 12 Disember 2020 oleh Xeno Music.[1] Muzik videonya menerima kritikan kerana penampilan ghairah Ayda dan penarinya yang menjadi kontroversi seluruh Malaysia, tidak lama selepas dikeluarkan.[2]
Komposisi
Berdurasi selama 3 minit dan 14 saat, "Parah Parah" ialah sebuah lagu hasil karya Ezra Kong, Mimifly dan Ayda sendiri. Ia berkisarkan mengenai seseorang yang patah hati apabila kekasih menduakannya. Dalam temubual bersama Harian Metro, Ayda berkata: "Melodinya rancak dan saya mahu lari dari kebiasaan. Lagu patah hati tak semestinya kena mendayu-dayu".[3][1]
Muzik video
Muzik video rasmi "Parah Parah" telah diarahkan oleh tunang Ayda ketika itu, Nabil Mahir (kemudian menjadi suaminya) dan dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Xeno Music pada 29 Disember 2020. Sejak dikeluarkan, ia telah mencecah 1.4 juta tontonan,[3][1] namun telah menerima 100 ribu tanda tidak suka berbanding 35 ribu tanda suka setakat pada awal Februari 2021.[4]
Penggambaran dijalankan selama dua hari, pada 12 dan Disember 2020 di sekitar Selangor termasuklah Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya. Untuk muzik video ini, Ayda menampilkan unsur yang tidak pernah diimpikannya sebelum ini, iaitu Hindustan, Timur Tengah dan 'haiwan'.[3][1] Muzik video ini ialah projek paling termahal pernah diterbitkan oleh Xeno Music.[1]
Kontroversi
Tidak lama selepas dikeluarkan, muzik video "Parah Parah" menjadi kontroversi apabila ia mendapat kecaman warganet dan teguran daripada pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun yang menyifatkannya sebagai "satu musibah ummah" dan memberi gambaran tidak elok kepada umat Islam.[5][2][6]
Ustazah Asma' telah memuat naik teguran buat Ayda di laman Facebooknya berkenaan muzik video lagu itu yang disifatkan keterlaluan.[5] Katanya: "Ini satu musibah ummah yang parah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin parah, kalian menghasilkan sebuah video muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang mengghairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!".[5]
Bagaimanapun, Ustazah Asma’ tetap bersangka baik dengan beranggapan bahawa Ayda silap percaturan dalam bahagian penari iringan memandangkan Ayda tidak memakai pakaian yang keterlaluan.[5] Dalam muzik video itu, ia memaparkan beberapa segmen tarian oleh Ayda bersama kumpulan penari wanita yang berpakaian seksi dan melakukan tarian dan lenggok mengghairahkan seperti tarian lucah.[5] Ayda dilaporkan enggan mengulas mengenai teguran Ustazah Asma' terhadapnya kerana tidak mahu memanjangkan isu ini.[5]
Ustazah Asma' juga menyarankan agar muzik video "Parah Parah" dipadamkan serta-merta di YouTube.[7]
- Muat turun digital[8]
- "Parah Parah" – 3:14
Tenaga kerja
Kredit diperoleh daripada muzik video.[9]
- Lagu
- Muzik video
- Nabil Mahir, Zahilman Ismail - pengarah
- Alha Alfa - solekan
- Cody Chua - pendandan rambut
- VV Chan - pendandan rambut
- Abushaefhamza - penggaya
- Becky Lee - koreografer
- Passion Danz Studio - penggaya
- Emka Artistry - solekan
- Zac Lee - solekan
- Prashan Chitty - penerbit eksekutif
- Melakaboy - penerbit eksekutif
- The Malaya - pasukan penerbitan
- Zahilmy Ismail - penerbit
- Khaidir Shahri - kamera, penyunting
- Faqqar Emeer - pembantu kamera
- Zaidan Ismail - gaffer
- Raja Sani - penata seni
- Norhazwani Jalil - pengurus penerbitan
- Akhmal Sazali - di belakang tabir
- Ekhmal Effendi - di belakang tabir
- Rockin Studio - fotografi
- Hassan - teknikal
- Hilman - teknikal
- Shirazie - teknikal
- Azwan Shah - teknikal
- Affiq - teknikal
- Zalqisty Ismail - teknikal
Sejarah keluaran
Rujukan