Panglima Tentera Darat Amerika Syarikat (Commanding General of the United States Army) ialah jawatan yang diberi kepada ketua perkhidmatan dan pegawai tertinggi Tentera Darat Amerika Syarikat (dan pendahulunya Tentera Benua), sebelum penubuhan jawatan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat pada tahun 1903. Semasa Perang Revolusi Amerika (1775–1783), jawatan itu bergelar Panglima Besar Tentera Benua (Commander-in-Chief of the Continental Army). Pada tahun 1783, jawatan itu dinamakan Pegawai Kanan Tentera Darat Amerika Syarikat (Senior Officer of the United States Army). Pada tahun 1821, jawatan ini ditukar kepada Panglima Tentera Darat Amerika Syarikat. Jawatan itu sering dirujuk dengan pelbagai gelaran lain, seperti "Major General Commanding the Army" atau "General-in-Chief".
Dari tahun 1789 sehingga pemansuhannya pada 1903, posisi panglima Tentera Darat secara sah berada dibawah Setiausaha Perang Amerika Syarikat; (anggota kanan Kabinet Presiden), tetapi digantikan dengan pembentukan statutori Ketua Turus Tentera Darat atas tindakan undang-undang Kongres Amerika Syarikat pada 1903 dibawah Presiden ke-26 Theodore Roosevelt (1858–1919, berkhidmat 1901–1909).
Lihat juga
Bibliografi
Templat:Star officer ranks