Di Malaysia pula, Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut dalam pengendalian Markas Wilayah Laut 1, Markas Wilayah Laut 2 dan Markas Wilayah Laut 3, merancang dan menyelaras latihan kelautan/teknikal untuk kapal-kapal TLDM, menentukan Armada dan pangkalan-pangkalan di bawah naungan sentiasa mencapai kecekapan yang tinggi di dalam semua aspek melalui pemeriksaan dan penilaian dan memberi bantuan material di dalam semua aspek senggaraan teknikal dan pembekalan kepada pasukan-pasukan di bawah naungan.
Sejarah
Jawatan ini telah diwujudkan pada April 2012 selepas satu penyusunan semula Tentera Laut Diraja dan penjenamaan semula peranan bekas Panglima Besar Armada.
Tanggungjawab
Tugas Panglima Armada ialah mempersiapkan kapal-kapal, kapal selam dan pesawat bagi sebarang operasi yang diminta oleh Kerajaan.
Panglima Armada dan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut