Pameran Kebangsaan Kanada (CNE) ialah acara tahunan yang berlangsung di Exhibition Place di Toronto, Ontario, Kanada. Pameran ini berlangsung semasa 18 hari terakhir menjelang dan termasuk Hari Buruh Kanada, yang diraikan pada setiap hari Isnin pertama bulan September. Dengan kira-kira 1.5 juta pelawat setiap tahun, CNE adalah pesta tahunan terbesar di Kanada dan yang keenam terbesar di Amerika Utara.[2]
Pameran Kebangsaan Kanada yang pertama diadakan pada tahun 1879, di mana sebahagian besarnya adalah untuk mempromosikan pertanian dan teknologi di Kanada. Ahli pertanian, jurutera, dan hli sains mempamerkan penemuan dan rekaan mereka di CNE untuk mempamerkan karya dan bakat mereka. CNE telah mencerminkan pertumbuhan kepelbagaian dan inovasi, walaupun pertanian dan teknologi kekal menjadi sebahagian besar dari acara CNE. Bagi kebanyakkan orang di kawasan Toronto Raya dan masyarakat sekitarnya, CNE merupakan tradisi keluarga tahunan.[3]
Avigdor, Jeanine (1994). The Scadding Cabin, 1794: Toronto's Oldest House (dalam bahasa Inggeris). The York Pioneer and Historical Society. ISBN0-9698404-0-3..
Withrow, John, penyunting (1978). Once Upon a Century: 100 Year History of The "Ex (dalam bahasa Inggeris). J.H. Robinson Publishing Ltd.