Orkid Abdullah


Orkid Abdullah
Kulit Album Orkid Abdullah bersama kumpulan Les Coasters
Kelahiran1947 (1947)
Meninggal dunia14 Mei 2011(2011-05-14) (umur 63–64)
Sebab kematianKetumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Keramat AU1
Warganegara Malaysia
PekerjaanPenyanyi
PasanganDatuk Mokhtar Haji Omar
Anak-anakNur Shalina
Nor Shareen
Noor Shafri
Nor Shafinaz

Datin Orkid Abdullah merupakan seorang penyanyi yang menjadi pujaan ramai pada era 60-an dan 70-an. Semasa hayatnya, ramai yang cukup mengenalinya sebagai seorang penyanyi. Sebelum beliau mencebur bakat dalam bidang seni, beliau pernah bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Sri Mersing, Mersing, Johor.

Kerjaya

Minat dan bakatnya dalam bidang nyanyian mula timbul sejak Allahyarham mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian di Johor sekitar tahun 60-an. Pada masa itu, Orkid sekadar memenuhi undangan membuat persembahan pada hari cuti memandangkan beliau mahu memberi sepenuh tumpuan kepada pengajiannya di maktab tersebut.

Apabila bergelar seorang guru, minatnya terhadap bidang nyanyian masih tetap diteruskan. Bagaimanapun, tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa tidak pernah diabaikan sepanjang menjadi guru selama 20 tahun.

Sepanjang bergelar anak seni, beliau sempat melahirkan tujuh buah album serta sering membuat persembahan dengan Les Coasters, sebuah kumpulan kugiran yang cukup popular pada era tersebut.

Orkid Abdullah dikenali melalui lagunya Penawar Rindu, Carilah Ganti dan Idaman Dara. Setelah tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian, Allahyarham kemudiannya menghabiskan waktu terluangnya dengan menganggotai kumpulan Kawan, yang diketuai oleh Datin Azizah Mohamad (isteri Datuk A. Rahman Hassan), ia adalah sebuah kumpulan marhaban yang turut dianggotai oleh ramai artis veteran tempatan.

Kematian

Datin Orkid menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat akibat menderita penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil sejak tiga tahun sebelumnya, pada usia 64 tahun, Allahyarham meninggalkan seorang suami iaitu Datuk Mokhtar Omar, 70, serta empat orang anak iaitu Nur Shalina, Md. Nor Shareen, Noor Shafri Mokhtar, dan Nur Shafinaz.

Pautan luar