Dato'Abdul Rahman bin Hassan (30 Julai 1946 – 13 Jun 2019) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai penyanyi era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.
Beliau turut memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik dalam Anuegrah Kecapi Papuita 2006. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Azizah binti Mohamad yang juga merupakan penyanyi Kumpulan Orkes Nirwana.
Selepas isteri pertama beliau meninggal dunia, pada 26 April 2013, beliau telah bernikah dengan dramatis Datin Fadilah Mansor pada 25 Disember 2014.[1]
Kematian
Datuk A. Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir pada 13 Jun 2019 di usia 72 tahun akibat komplikasi paru-paru. Beliau sebelum ini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang akibat pendarahan otak dan angin ahmar dan dikejarkan ke hospital pada 1 Jun akibat sesak nafas.[2] Menurut Khir Rahman, jenazah bapanya dibuka untuk tengok muka. Dan akhir sekali, akan dibawa ke kediaman keluarga tersebut di Taman Sri Ukay sebelum dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Taman Keramat.[3]
Diskografi
Lagu-lagu
Antara lagu-lagunya adalah:-
Bimbang
Cincin Belah Rotan
Hanya Untukku
Perpaduan Hidup
Semoga Berjaya
Usah di kesalkan - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
Nasib pak tani - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
Syurga idaman - lagu: Dato’ A Rahman Hassan & lirik: Ali Omar
Tak mengapa - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
Mestikah - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
Kerana Fitnah - lagu: MYRosnah & lirik: Dato’ A Rahman Hassan
Pergilah kanda ku - lagu: Dato’ A Rahman Hassan & lirik: Ali Omar
Nikmat yang tak ternilai - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik (Anugerah Kecapi Papuita 2006).