Oostende

Stesen Kereta Api Oostende.

Oostende (bahasa Inggeris: Ostend, Belanda: Oostende, Perancis: Ostende, Jerman: Ostende) merupakan bandar dan kawasan perbandaran yang terletak di Flanders Barat, Belgium.

Sejarah

Pada masa dahulu, Oostende tiada apa-apa dan kampung kecil dibina di timur pulau (asalnya dinamakan Testerep) antara Laut Utara dan pantai. Walaupun kecil, kampung itu menerima status sebagai pekan sekitar 1265 ketika penduduk dibenarkan membina pasar dan kedai.

Pendapatan utama penduduk di situ ialah memancing. Pantai Laut Utara sentiasa dilanda ombak besar dan penduduk terpaksa membina tetambak besar baru untuk menghalang kenaikan air.

Kedudukan strategik di Laut Utara membuatkan Oostende dilanda masalah. Pekan ini dimusnahkan oleh tentera-tentera. Pemberontak Belanda kemudian mengambil alih pekan ini. Satu pertempuran berlaku pada 1601-1604 di antara puak pemberontak Belanda dan tentera Sepanyol yang menyebabkan lebih 80,000 orang cedera dan terkorban. Pertempuran itu juga merupakan salah satu daripada Perang Lapan Puluh Tahun.

Oostende bertukar kepada pelabuhan yang banyak kepentingan. Pada 1722, Belanda menutup laluan masuk ke pelabuhan Antwerp. Belanda Selatan (kini kebanyakannya menjadi wilayah Belgium) sebahagian daripada wilayah jajahan Empayar Austria. Maharaja Austria, Charles VI ingin bandar ini berdagang dengan Afrika dan Timur Jauh. Syarikat Oostende ditubuhkan dan membenarkan untuk berdagang di luar negara. Walau bagaimanapun pada 1727, syarikat ini terpaksa ditutup serta merta akibat tekanan Belanda dan British. Kerajaan Belanda dan British tidak membenarkan berdagang pada peringkat antarabangsa.

Pada September 1825, kilang magazin telah meletup dan sekitar 20 orang maut dan 200 tercedera. Pada 1838, satu landasan kereta api menghubungkan Oostende ke Brussels dibina. Oostende menjadi pelabuhan transit ke Dover, England pada 1846 apabila feri pertama berlabuh. Bandar ini digambarkan bandar teramat penting oleh raja Belgium, Leopold I dan Leopold II. Monumen-monumen dan villa penting dibina atas permintaan keluarga diraja, trek pelumbaan kuda Hippodrome Wellington dan Galeri Diraja.

Pada 1866, Oostende menjadi tempat pertemuaan Liberal Sepanyol dan Republikan untuk berbincang mengenai keadaan di negara mereka. Oostende menjadi menganjurkan acara layar pada Sukan Olimpik Musim Panas 1920 yang dianjurkan oleh Antwerp. Selain itu, bandar ini juga menganjurkan acara polo.

Oostende kemudian musnah akibat Perang Dunia Kedua yang melanda di Belgium. Bangunan mewah tidak musnah pada perang dan digantikan oleh struktur moden.

Iklim

Oostende mempunyai iklim sederhana dan dipengaruhi oleh angin dari Laut Utara, membuatkan musim panas menjadi sejuk. Mengikut sistem pengelasan iklim Köppen, Oostende mempunyai iklim pantai barat marina dan disingkatkan sebagai "Cfb" pada peta iklim.[1]

Data iklim untuk Oostende
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 6.1
(43.0)
6.5
(43.7)
9.2
(48.6)
11.4
(52.5)
15.3
(59.5)
17.7
(63.9)
20.3
(68.5)
20.9
(69.6)
18.3
(64.9)
14.5
(58.1)
9.7
(49.5)
7.1
(44.8)
13.1
(55.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 1.1
(34.0)
0.5
(32.9)
2.3
(36.1)
4.1
(39.4)
7.9
(46.2)
10.7
(51.3)
12.8
(55.0)
12.5
(54.5)
10.2
(50.4)
7.1
(44.8)
4.0
(39.2)
2.3
(36.1)
6.3
(43.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 62.6
(2.46)
44.5
(1.75)
55.0
(2.17)
45.5
(1.79)
56.2
(2.21)
66.7
(2.63)
59.2
(2.33)
57.3
(2.26)
79.9
(3.15)
78.1
(3.07)
83.9
(3.30)
73.2
(2.88)
762.1
(30)
Purata bilangan hari kerpasan 13 9 11 10 10 10 8 8 11 11 13 13 127
Sumber: Pertubuhan Meteorologi Sedunia (UN)[2]

Ekonomi

Jetairfly mempunyai ibu pejabatnya di Oostende. TAAG Angola Airlines juga mempunyai ibu pejabatnya di bandar ini yang terletak di Lapangan Terbang Ostend.[3]

Rujukan

  1. ^ "Climate Summary for Ostend, Belgium". Weatherbase.com. Dicapai pada 2014-02-13.
  2. ^ name= WMO >"World Weather Information Service – Ostend". United Nations. Dicapai pada 19 January 2011.
  3. ^ "TAAG Offices Diarkibkan 2010-01-29 di Wayback Machine." TAAG Angola Airlines. Retrieved 23 January 2010.

Pautan luar

 
Provinsi Flanders Barat
Bendera Flandria Barat

Alveringem | Anzegem | Ardooie | Avelgem | Beernem | Blankenberge | Bredene | Brugge | Damme | De Haan | De Panne | Deerlijk | Dentergem | Diksmuide | Gistel | Harelbeke | Heuvelland | Hooglede | Houthulst | Ichtegem | Ieper | Ingelmunster | Izegem | Jabbeke | Knokke-Heist | Koekelare | Koksijde | Kortemark | Kortrijk | Kuurne | Langemark-Poelkapelle | Ledegem | Lendelede | Lichtervelde | Lo-Reninge | Menen | Mesen | Meulebeke | Middelkerke | Moorslede | Nieuwpoort | Oostende | Oostkamp | Oostrozebeke | Oudenburg | Pittem | Poperinge | Roeselare | Ruiselede | Spiere-Helkijn | Staden | Tielt | Torhout | Veurne | Vleteren | Waregem | Wervik | Wevelgem | Wielsbeke | Wingene | Zedelgem | Zonnebeke | Zuienkerke | Zwevegem

Belgium | Flanders | Pembagian administratif Belgia