Parrot Raja adalah sekumpulan tiga spesies burung parrot bersaiz sederhana dari genusAlisterus; iaitu Parrot Raja Australia (Alisterus scapularis), Parrot Raja Papua (Alisterus chloropterus), dan Parrot Raja Ambon (Alisterus amboinensis). Ketiga-tiga spesies ini masing-masing boleh ditemui di Australia Timur, New Guinea, dan kepulauan Indonesia termasuk Kepulauan Maluku. Warna bulunya terdiri dari warna merah dan hijau, dan mempunyai ekor panjang yang mana berhubung kait dengan genera Aprosmictus dan Polytelis.
Keterangan
Parrot Raja adalah sejenis parrot bersaiz sederhana, 35–43 sm (14–17 in) panjang dengan ekor panjang dan lebar. Ia secara relatifnya memiliki saiz paruh yang kecil berbanding saiznya. Paruh bagi burng dewasa terdapat dalam dua warna iaitu, kehitam-hitaman dan oren-kemerahan, kecuali bagi sub spesies buruensis dari spesies Parrot Raja Maluku di mana memiliki paruh berwarna kelabu-kehitaman, burung betina bagi Parrot Raja Australia di mana memiliki paruh berwarna kelabu.[1]
Galeri
Rujukan
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Forshaw (2006). plate 49.
Spesies (nota taksonomi: * Parakeet Réunion dan Parakeet Mauritius mungkin digabungkan sebagai satu subspesies atau diasingkan sebagai spesies yang berasingan) (pupus: † menandakan sesuatu spesies telah pupus, ₴ menandakan bukti-bukti ditemui dari sub-fosil)