Nasib Si Labu Labi |
---|
Pengarah | P. Ramlee |
---|
Penulis | P. Ramlee |
---|
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
---|
Dibintangi | |
---|
Sinematografi | Hitam-putih |
---|
Tarikh tayangan |
- 26 April 1963 (1963-04-26)
|
---|
Negara | Singapura |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Nasib Si Labu Labi merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1963. Filem Nasib Si Labu Labi diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Nasib Si Labu Labi diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 26 April 1963, selepas filem Labu dan Labi.
Sinopsis
Filem ini adalah kesinambungan Filem Labu dan Labi. Dalam cerita nasib Si Labu Labi ini, dimulai kisah dengan babak isteri kesayangan Haji Bakhil telah meninggal dunia dan lelaki tua itu terjerumus dalam kesedihan. Labu dan Labi berusaha menghiburnya, walaupun usaha mereka untuk menghiburnya sama sekali tidak berminat. Lebih buruk lagi dengan keadaan Haji Bakhil, dia didatangi oleh pelbagai badan amal yang meminta sumbangan untuk pekerjaan mereka yang baik. Walaupun dalam keadaan sihat, dia mungkin kecewa dengan permintaan wangnya yang dijaga dengan penuh kasih sayang, tetapi dalam keadaan sekarang tuntutan seperti itu menyebabkan kemunduran. Begitulah reaksi beliau ketika didatangi oleh siapa saja yang dia curigai sebagai wakil badan amal bahawa dia segera menghidap penyakit langka yang mengetuknya sepenuhnya.
Sementara itu, Labu dan Labi mendapati bahawa mereka jatuh cinta dengan anak perempuan Haji Bakhil iaitu Manisah, dalam berlawan dengan betul dalam pertandingan tinju yang diadili oleh jurulatih kelab tinju. Namun, hal ini tidak dapat diselesaikan sehingga perlawanan tamat iaitu kedua-duanya pengsan.
Setelah 100 hari selepas kematian isteri Haji Bakhil, muncul Murni, seorang guru wanita muda yang sangat cantik di rumah anak yatim, yang memintanya meminta sumbangan. Terkejut dengan kecantikannya, Haji Bakhil itu memberikan sumbangan murah hati dan mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya dengan Murni. Labu dan Labi, yang kagum dengan perubahan mood yang tiba-tiba ini, menyarankan agar dia menikahinya. Apabila dia melamar pernikahannya, Murni menerima. Haji Bakhil begitu gembira sehingga dia pengsan. Pada keesokannya, Labu dan Labi bertemu dengan ayah Murni untuk memberitahu bahawa Haji Bakhil akan menikah dengan Murni. Namun ayah Murni enggan memberikan persetujuannya untuk pernikahan itu. Haji Bakhil yang marah memerintahkan Labu dan Labi untuk menculik Murni. Kedua-dua Labu dan Labi itu pergi ke rumah Murni untuk menculik Murni, tetapi mereka secara tidak sengaja menculik ayah Murni, dan membawanya dalam selimut kepada Tok Kadi. Labu, Labi dan Haji Bakhil ditangkap dan diadili oleh hakim. Di mahkamah, atas tuduhan menculik, Haji Bakhil dengan Labu dan Labi didapati bersalah dan Haji Bakhil membayar denda sendiri tetapi enggan membayar denda Labu dan Labi. Labu dan Labi dimasuki ke penjara selama tiga bulan.
Barisan pelakon
Pelakon utama
Pelakon pembantu
Penampilan khas
Runut
- "Mengapa Kah?" nyanyian Saloma (Mariani)
- "Barang Yang Lepas Jangan Dikenang" nyanyian P. Ramlee
- "Tarian Silat Orang Melayu" nyanyian Saloma
- "Aci Aci Buka Pintu" nyanyian P. Ramlee dan Saloma
Skrip Filem
TELECINE MONTAGE
SHAW ORGANISATION
RELEASE
MERDEKA FILEM STUDIO
“NASIB SI LABU LABI"
PELAKON UTAMA
TAN SRI P. RAMLEE
M. ZAIN
UDO UMAR
MARIANI
IBRAHIM PENDEK
S. SHAMSUDDIN
MURNI SERAWAK
HABSAH BUANG
S. SUDARMAJI
ASMAON
MOHD. HAMID
JAMALUDDIN
SARBAN SINGH
HASHIM SALLEH
MUNSIE SALLEH
BINTANG UNDANGAN
SALOMA
SARIMAH
ROSNANI
DAYANG SOFIA
AZIZ SATAR
AHMAD MAHMOOD
OMAR ROJIK
AHMAD NISFU
CHERITA - MAJI LEE
JALAN CHERITA - MAJI LEE
JALAN BAHASA - P. RAMLEE A. M. N
LAGU-LAGU
DIKARANG DISUSUN-DIPIMPIN
OLEH
P. RAMLEE A. M. N
TARIAN - HABSAH BUANG
FASHION KEBAYA - RAJA ZAI
DRESS MAKER
SENIKATA LAGU - SUDARMAJI
TEKNIK FOTOGRAFI
CHOU CHAN KOK
ART DIRECTOR
A. V. BAPAT
EDITOR - H. R. HARAYANA
REKAMAN - YAP POH KAI
REKAMAN AKHIR - - KAM SIM BOON
PENCHITAK FILM - WONG HONG PENG
STUDIO MANAGER - KWEK CHIP JIAN
PEMBANTU
TERAJU - S. SUDARMAJI
FOTOGRAFI - RAHMAN JAIS
REKAMAN - CHOA SONTONG
REKAMAN - YEO KEE JOK
EDITING - HAYAT HARRIS
R. HARIDAS
LEE THIAM YIAK
K. K. RAM
CONTINUITY - TAN QUEE BIM
PENERBITAN
SHAW VEE MENG
TERAJU UTAMA
P. RAMLEE A. M. N
FADE IN:
SCENE 1/ INT/SIANG/ RUANG TAMU/
GAMBAR GRAFIK – BABAK 1 – ISTERI HAJI BAKHIL MENINGGAL DUNIA - MCU MANISAH
DUDUK DI SISI JENAZAH IBUNYA. PAN LEFT MEMPERLIHATKAN ORANG RAMAI
SEDANG MEMBACA SURAH YASSIN. MCU WAJAH MANISAH KELIHATAN MURUNG DAN
TILT DOWN SEKUJUR JENAZAH ISTERI HAJI BAKHIL.
CUT TO/.
SCENE 2/INT/SIANG/BILIK HAJI BAKHIL/
MCU HAJI BAKHIL SEDANG MENATAP POTRET ARWAH ISTERINYA YANG TERPAMPANG
DI DINDING. DI LUAR BILIK MASIH KEDENGARAN ORANG RAMAI MEMBACA SURAH
YASSIN.
1. HAJI BAKHIL
(MERINTIH SEDIH) Yang, yang. Kenapalah kau mati muda? Di manalah tempat aku nak
bermanja?
CUT TO/.
SCENE 3/INT/SIANG/DI DAPUR/
MCU LABU DAN LABI SEDANG MENGELAP PINGGAN-MANGGUK SAMBIL MENANGIS
TERESAK-ESAK DENGAN GAYA YANG MELUCUKAN
CUT TO/.
SCENE 4/EXT/MALAM/DI TAMAN/
GAMBAR GRAFIK (BABAK 2 SELEPAS 7 HARI). KELIHATAN MANISAH SEDANG
BERSENDIRIAN DUDUK DI SEBUAH TAMAN SAMBIL MENYANYI SEDIH.
2. MANISAH
mengapakah
CU PADA AIR TERJUN DAN ZOOM OUT MEMPERLIHATKAN MANISAH MASIH
BERSEDIH. MCU BULAN DAN ZOOM OUT. CU MANISAH BERSEDIH MEMANDANG
KE SATU ARAH.
hati pilu
mengapakah
MCU BUNGA TERATAI DAN ZOOM OUT. CU MANISAH TERUS BERNYANYI.
sedih selalu
sayu pilu
kalbu merana
mengapa derita
di dalam di dalam dunia
LS MANISAH BANGUN DAN BERJALAN PERLAHAN-LAHAN.
batin pedih
yatim merana
kemana kau pergi
menghilang-menghilankan diri
MCU AIR TERJUN DAN KEMUDIAN MCU MANISAH MEMANDANG CAMERA.
meratap merindu
menangis memilu
murung dan duka
dunia gelita
MANISAH MEMBELAKANGI CAMERA BERGERAK PERLAHAN MENUJU KE
JAMBATAN.
padam pelita
meninggal cahaya
di alam di alam kecewa
LS MANISAH MERENUNG DALAM KOLAM SAMBIL TERUS MENYANYI. MCU
BULAN MENGAMBANG DAN KEMUDIAN MS MANISAH SEMULA.
meratap merindu
menangis memilu
murung dan duka
dunia gelita
kelam suram
padam pelita
MS MANISAH DUDUK DI ATAS JAMBATAN MEMANDANG ARAH CAMERA.
meninggal cahaya
di alam di alam kecewa
TILT DOWN POHON YANG TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR DALAM KOLAM.
CUT TO/.
SCENE 5/INT/MALAM/RUANG MAKAN/
LS LABI BERDIRI DI PINTU DAN KEMUDIAN MUNCUL LABU MEMBAWA SEMANGKUK
NASI TERUS KE MEJA MAKAN. DI SITU KELIHATAN MANISAH DAN HAJI BAKHIL DUDUK
DI MEJA DALAM KEADAAN MURUNG. LABU CUBA MENENANGKAN DAN
MENTENTERAMKAN HAJI BAKHIL.
3. LABU
Cik. Janganlah bersedih. Makanlah Cik. Dah tujuh hari Cik tak makan. Kalau Cik sakit, semua
orang dalam rumah ini susah Cik.
MCU LABU MENGGANTUK DAN KEPALANYA TERSENGGUK-SENGGUK. LS LABU
MASIH MENASIHATI HAJI BAKHIL.
4. HAJI BAKHIL
(SEDIH) Macam mana aku nak makan, Labu. Selama ini aku makan bertiga. Sekarang tinggal
berdua. Asal makan saja, teringat arwah Makcik kamu semua.
HAJI BAKHIL TERUS MENANGIS DAN DIIKUTI MANISAH, TETAPI LABU DAN LABI
CUMA MENANGIS OLOK-OLOK SAHAJA. MCU LABI MENGGUNAKAN AIR LIUR
UNTUK MEMBASAHKAN KELOPAK MATANYA YANG MEMPERLIHATKAN
KELUCUANNYA.
3. HAJI BAKHIL.
Sudahlah manisah, janganlah kau bersedih, mari nak, mari.
HAJI BAKHIL BANGUN DAN MEMBAWA MANISAH KELUAR DARI RUANG TAMU.
5. LABU
Cik. Makanan ini semua siapa yang nak makan Cik?
LABU MENGHAMPIRI HAJI BAKHIL.
6. HAJI BAKHIL
(SEBAK) Makanlah kau berdua, Labu.
HAJI BAKHIL TERUS MEMBAWA MANISAH KELUAR DARI RUANG MAKAN,
MANAKALA LABU DAN LABI TERUS MENANGIS OLOK-OLOK TERESAK-ESAK.
CAMERA FOLLOW MEREKA MENUJU KE MEJA MAKAN DAN DUDUK SAMBIL
MENCAPAI PINGGAN DAN MAKAN BEGITU GELOJOH. KELIHATAN MEREKA
MAKAN BEGITU BERSELERA SAMBIL MENOLEH KE ARAH RUANG TAMU.
4. LABI
Bagus juga Makcik mati ya Labu. Kita hari-hari makan ayam.
INTERCUT/.
SCENE 6/INT/MALAM/BILIK MANISAH/
MCU HAJI BAKHIL SEDANG BERCAKAP DENGAN MANISAH YANG BARING DI KATILNYA.
8. HAJI BAKHIL
Betul kau tak mahu makan, Manisah? Perut bapak berasa lapar. Biar bapak pergi jamah sedikit.
Tidurlah....Selamat malam.
HAJI BAKHIL BEREDAR DARI BILIK MANISAH DENGAN LEMAH LONGLAI. DIA
BERHENTI SEKETIKA SAMBIL MENOLEH KE ARAH MANISAH YANG OFF FRAME
SAMBIL MENGGELENG KEPALA TANDA SIMPATI. DI RUANG MAKAN
KEDENGARAN LABU DAN LABI MENANGIS OLOK-OLOK SAMBIL MAKAN.
CAMERA FOLLOW HAJI BAKHIL MENUJU KE RUANG MAKAN. CU WAJAH HAJI BAKHIL TERKEJUT MEMANDANG LABU DAN LABI SEDANG MAKAN. KETIKA ITU
MEREKA OFF FRAME.
CUT TO/.
SCENE 5A/INT/MALAM/(AS ACT 5)/
MCU MEJA MAKAN YANG BERSELERAK DENGAN SISA-SISA MAKANAN. LABU DAN LABI
TERUS MAKAN TANPA MENYEDARI HAJI BAKHIL MEMERHATIKAN MEREKA. TILT UP
WAJAH LABU DAN LABI MERATAH AYAM BEGITU BERSELERA. CU HAJI BAKHIL
MEMANDANG MEREKA.
9. HAJI BAKHIL
(KECEWA) Hai...si Labu Labi, sampai hati kau berdua...sampai licin kau kebas.
MCU LABU DAN LABI TERUS MAKAN TANPA RASA BERSALAH SAMBIL
MEMANDANG KE ARAH HAJI BAKHIL YANG OFF FRAME.
10. LABU
Apa boleh buat Cik, rezeki Allah.
CU HAJI BAKHIL DENGAN WAJAH BERSEDIH TETAPI PENUH KELUCUAN.
11. HAJI BAKHIL
Rezeki Allah. (PERLI) Makan-makan jangan malu. (NADA TINGGI) Bulan ini aku potong gaji
kau... tau?
MCU LABU DAN LABI TERKEJUT MEMANDANG KE ARAH HAJI BAKHIL YANG
OFF FRAME. TULANG AYAM KELIHATAN DI MULUT MASING-MASING.
CUT TO/.
SCENE 7/INT/SIANG/BILIK HAJI BAKHIR/
INSERT GRAFIK – BABAK 3 SELEPAS 40 HARI - MCU HAJI BAKHIL TERBARING DI ATAS
KATIL. LABU DAN LABI DI SISINYA. LABI MEGURUT KAKI HAJI BAKHIL, MANAKALA
LABU MENYEJUKKAN KEPALA HAJI BAKHIL DENGAN UNCANG YANG BERISI AIS.
11. LABU
Itulah Encik, suruh makan Cik tak mahu makan, sekarangkan dah sakit
12. HAJI BAKHIL
(LEMAH) Aku ni sakit... Bukan sakit pasal tak makan, Labu.
LABI MEMICIT SAMBIL MEMERHATIKAN LABU BERCAKAP DENGAN HAJI
BAKHIL.
13. LABU
Tapi... sakit apa, Cik.
14. HAJI BAKHIL
Aku sakit pasal hidup keseorangan.
15. LABU
Oh, Encik nak tidur berdua. Senang saja Encik boleh pilih, nak tidur dengan saya ke atau nak
dengan Labi ke.
16. HAJI BAKHIL
Tidur dengan kamu berdua buat apa. (TUKAR NADA) Eh! Seram bulu tengkuk aku.
18. LABI
Kalau Encik tak mau tidur dengan kita berdua, saya boleh tolongkan carikan anak dara yang
cantik buat Encik.
HAJI BAKHIL TERUS BANGUN SEDIKIT SAMBIL MEMANDANG TEPAT KE ARAH
LABI.
19. HAJI BAKHIL
(BERSEMANGAT) Iya ke Labi?
20. LABI
Ya! Encik sekarang orang bujang. Encik boleh berkahwin dengan siapa saja yang Encik suka.
(KETAWA) Ha...ha...ha...
21. LABU
(MENCELAH) Ha! Cik-cik, sekarang tak boleh. Mak Encik baru mati 40 hari. Kalau Cik nak
kahwin jugak, terpaksa menunggu 100 hari
LABU TERSENYUM SINIS DENGAN USIKKANNYA SAMBIL MEMANDANG LABI.
HAJI BAKHIL TERUS TERKEDU DAN MENGERANG SEMULA.
22. HAJI BAKHIL
(TERKEDU) Adoi, aduh, adoi, doi-doi.
KEDENGARAN MANISAH MEMANGGIL LABI DARI BILIKNYA.
17. MANISAH (OFF FRAME)
Abang Labi!
MEREKA MENOLEH KE ARAH BILIK MANISAH. KELIHATAN WAJAH LABU
SEDIKIT CEMBURU SAMBIL MEMANDANG LABI.
18. MANISAH (OFF FRAME)
Abang Labi...
19. LABI
Ya, Encik.
LABI MENUDING JARI KE ARAH LABU DAN BANGUN MENUJU BILIK MANISAH.
INTERCUT/.
SCENE 6A/INT/MALAM/(AS ACT 6/)
CAMERA FOLLOW LABI MENUJU KE BILIK MANISAH. KELIHATAN MANISAH TERBARING
SAMBIL MEMANDANG KE ARAH LABI YANG MEMBELAKANGI CAMERA.
20. LABI
Ada apa Encik?
MCU MANISAH TERBARING SAMBIL MENUTUP MATA DAN DI KEPALANYA ADA
UNCANG BERISI AIR BATU.
21. MANISAH
(LEMAH) Abang Labi, tolong picitkan kepala Manisah.
MS LABI BERDIRI MEMANDANG MANISAH YANG OFF FRAME SAMBIL
TERSENYUM.
22. LABI
Pasal picit jangan susah, Encik. Kalau Encik nak picit, pukul 3.00 pagipun saya datang.
PAN LEFT LABI DUDUK DI SISI KATIL DAN TERUS MEMICIT KEPALA MANISAH
PENUH MESRA.
23. MANISAH
Abang Labi.
24. LABI
Saya (MEMICIT KEPALA MANISAH).
25. MANISAH
Selama Mak meninggal, Manisah susah sekali nak dapat tidur.
26. LABI
Kenapa Encik tak beritahu pada saya. Saya boleh dendangkan Encik tidur.
27. MANISAH
Betul ke bang Labi?
28. LABI
Betul Cik Manisah.
34. MANISAH
Dendangkanlah bang Labi.
TERUS KEDENGARAN MUZIK DAN TOP ANGLE LABI DUDUK DI SISI KATIL
MANISAH MEMICIT KEPALANYA SAMBIL MENYANYI.
29. LABI
Barang yang lepas
INTERCUT/.
SCENE 7A/INT/(AS ACT 7)/
MCU LABU MENOLEH KE BILIK MANISAH KERANA TERDENGAR SUARA LABI
MENYANYI. TANGANNYA MASIH MEMEGANG UNCANG AIS.
30. LABI (OFF FRAME)
Pautan luar