Muzik kawad atau muzik perbarisan (march) adalah gubahanmuzik bercirikan irama teratur dan kuat. Muzik jenis ini secara khusus diciptakan untuk meningkatkan keteraturan dalam perbarisan sebuah kelompok besar, terutama barisan askartentera, dan paling sering dimainkan oleh korps muzik tentera.
Gambaran umum
Lagu mars dapat ditulis dalam birama genap 2/4, 4/4, tetapi kadang-kadang dalam birama 6/8, atau 2 (genap) × 3/8 dengan tempo cepat.[1]
Mars tentera dapat dibhaagi menjadi empat kategori: mars pemakaman, mars lambat (75 langkah seminit), 2 langkah per birama, mars cepat (109 hingga 128 ketukan seminit, mars cepat ganda (140 hingga 150 ketukan seminit).[2] Standar mars tentera Amerika Syarikat adalah mars cepat, seperti sering ditulis oleh John Philip Sousa yang dikenal sebagai "Raja Kawad".[2]
Semasa Perang Revolusi Amerika (1775–1783), keberadaan korps muzik tentera telah menjadi sesuatu yang umum.[3] Muzik mars juga telah dibakukan menjadi tiga bentuk: mars lambat/parade, mars cepat, dan mars serangan atau cepat ganda.[3] Pada paruh kedua abad ke-19, lagu mars sudah populer di kalangan masyarakat umum, dan mencapai puncak kepopuleran pada pertengahan tahun 1800-an hingga awal tahun 1900-an. Pada awal abad ke-20, lagu mars berkembang sebagai muzik untuk hiburan luar ruang dan bahkan berdansa, setelah lagu mars telah menjadi pengiring standar untuk dansatwo-step.[3]
^ abApel, Willi (1969). Harvard Dictionary of Music. Harvard University Press. m/s. 504. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
^ abcdeBerry, Mick (2003). The Drummer's Bible: How to Play Every Drum Style from Afro-Cuban to Zydeco. See Sharp Press. ISBN1-8843-6532-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); line feed character in |title= at position 21 (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)