MSC APICTA 2002 Best Student, WebCuts 2006 Best Selection, Malaysian Book of Records for longest banner for 1998 Commonwealth Games, Commendation by Datuk Jamaludin Jarjis untuk pembabitan dan persembahan terbaik Pameran Ilmuan Sains Dalam Tamadun Islam, 2007, Malaysian Books of Records (Longest Comic Banner in Group), 2008.
Muid Latif (24 Febuari 1979 – 11 April 2020) ialah seorang pereka laman web dan artis digital Malaysia yang secara aktif mempromosikan seni kebudayaan Asia Tenggara dari pengaruh Batik, songket dan unsur lain dalam karya digitalnya.[1][2]
Muid kini merupakan Ketua Projek[3] untuk Creative Commons Malaysia yang secara aktif mempromosikan pergerakan budaya bebas dan kerjasama terbuka.[4][5] Muid adalah salah seorang Duta Besar Behance yang mewakili Malaysia[6] dan penulis 'Mekarnya Cinta Kata-kata & Puisi' e-buku, sebahagian daripada inisiatif pergerakan Creative Commons dalam memupuk kesedaran kandungan bebas dan kempen hijau.[7]
Biografi
Setelah mendapat gelaran Sarjana Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia pada tahun 2001, Muid bekerja di beberapa agensi dan syarikat dengan menyediakan rekaan kreatif untuk kempen pembinaan dalam talian dan mengemaskini laman web seperti MaxisHotlink, Petronas, Petrosains, Toyota, Microsoft Singapura dan banyak lagi sebelum menjinakkan diri menggunakan aplikasi Adobe Photoshop pada tahun 1997.
Muid ialah penyokong aktif gerakkan Creative Commons dan salah seorang ahli lembaga Creative CommonsMalaysia. Muid menubuhkan Digital Malaya Project (DMP).[8] sebuah kolektif kumpulan seniman yang menyokong pembangunan dan perkembangan industri kreatif multimedia di Malaysia sejak laman web ini dimulakan pada tahun 2001.[9][10][11] Projek Digital Malaya, yang menyokong perkembangan seni lukis dan reka tempatan lebih dari sedekad, telah mengambil bahagian dalam pameran-pameran seni dari Malaysia ke Singapura, Jakarta, Bangkok, Jepun & Jerman, dan telah terlibat dalam projek dan kempen berbentuk pro-bono bersama Majlis AIDS Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan lain seperti Yayasan Kepimpinan Perdana. Digital Malaya Project dicalonkan sebagai pilihan terbaik ('Best Selection') di dalam Anugerah WebCuts 2006 yang diadakan di Jerman[12] dan finalis kepada Anugarah APICTA (MSC Malaysia) 2002 didalam kategori ‘Best Student Awards’. Muid terlibat sebagai duta untuk Kuala Lumpur Design Week (KLDW) 2009 dan 2010 dan juga membuat kolaborasi bersama pereka-pereka kontemporari dengan negara jiran di Asia Tenggara seperti Drew Europeo, Tony Ariawan, Amenth, Firdaus Mahadi dan banyak yang lain. Beliau juga dilantik menjadi Duta Behance mewakili Malaysia untuk memperkembangkan penggunaan portal behance.net untuk melopori dan mempromosikan bakat-bakat kreatif.[13]
Muid juga terlibat sebagai salah satu juri final untuk Anugerak Web Filipina yang ke-6 & ke-8[14] bersama guru Flash, Joshua Davis, Adhemas Batista & Carole Guevin, dan juri kepada Anugerah Kre8tif! MSC Malaysia pada tahun 2009 & 2010. Pada tahun 2013, beliau menjadi antara juri untuk pertandingan 'CUT&PASTE: Characterized'[15] sebuah acara antarabangsa berbentuk kreatif dimana peserta-peserta melukis dan mereka secara langsung.
Muid juga memberikan sumbangan kepada Malaysia Book of Records sebagai ilustrator untuk Banner Komik Terpanjang di Asia bertarikh Mac 2008, bertempat di PTWC, Kuala Lumpur sempena Comic Fiesta dan merupakan perunding kreatif untuk Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) setelah bekerja dengan produksi animasi tempatan yang mengeluarkan animasi 3D pertama; Saladin, The Animated Series[16]. Animasi Saladin turut dicalonkan di dalam Anugerah Emmy antarabangsa pada tahun 2011.[17]
Pada Oktober 2010, Muid menjadi Artis Digital Pertama di Malaysia untuk melakukan persembahan seni digital secara langsung (Dengan menggunakan Adobe Photoshop) bersama-sama dengan Okestra Dewan Filharmonik Petronas di bawah konduktor berbakat, Harish Shankar, sempena Festival Seni KLCC 2010.[18]
Selain menaung projek Creative Commons Malaysia, Muid kini bekerja sebagai pereka dan pakar Media Baru bebas, turut memberikan ceramah kreatif di beberapa institusi seni tempatan. Beliau juga turut menjadi sukarelawan untuk kerja-kerja amal mengendalikan pelbagai kempen dan projek termasuk penulisan kreatif untuk majalah-majalah tempatan seperti 'Cutout', 'Art Malaysia' dan majalah grafik 'Territory' disamping mereka dan membangun laman web untuk portfolio beliau diantaranya ialah Puteri Gunung Ledang: Muzikal Musim ke-3,[19] Jeff Timmons (dari kumpulan 98 Degrees, Amerika Syarikat), rekaan kulit album artis tempatan seperti penyanyi Jazz, Atilia Haron,[20] Elvira Arul, artis luar negara dan sebagainya.
Sebagai duta seni digital[21] karya-karya seni digital beliau turut berada di dalam koleksi tetap Muzium dan Galeri Seni Pulau Pinang 2012, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan beberapa buah galeri tempatan.[22][23][24][25]
Pengaruh
Muid adalah generasi ketiga artis digital di Malaysia bersama dengan Artis digital seperti Mohammad Yazid,[26] Aadi Salman (Novel Grafis 'Silent Hill'), Milx (yang bekerja dengan Marvel untuk komik Silver Surfer, Fytullah Hamzah (Kromosom), Tan Jin ho,[27] dan lain-lain. Untuk nama beberapa Generasi Digital Artis Pertama di Malaysia ialah Dato Lat, Hassan Mutalib, Niranjan Rajah, Hasnul Jamal Saidon, Kamal Sabran, Roopesh Sitharan, dan lain-lain yang memulakan gerakan Seni Elektronik dan Seni Digital di Malaysia. Muid banyak dipengaruhi dengan karya arwah Ismail Zain (Bapa Seni Digital Malaysia). Antara pengaruh lain dalam karya digital Muid ialah seperti Joshua Davis (Amerika Syarikat), Drew Europeo (Filipina), Adhemas Batista (Brazil), Michael Paul Young (Amerika / Thailand), Mike China (Amerika Syarikat), Masashi Kishimoto (Jepun), Morimoto Koji (Jepun), Mehdi Saeedi (Iran), Datuk Lat (Malaysia), Ibrahim Hussein (Malaysia), Shieko Hussein (Malaysia), Datuk Syed Ahmad Jamal (Malaysia), Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, Actiontintoy (Malaysia)[28] & Zid (Malaysia).
Beberapa karya seni digital Muid seperti 'Lovely Disturbia'[29] Kini berada dalam koleksi tetap 2012 Galeri Seni Negeri Pulau Pinang[30] terletak di George Town, Pulau Pinang dan Galeri Seni dan Muzium Bank Negara Malaysia[31] 2015 & 2016. Seni digital Muid pada percetakan kanvas disebut 'Better Together', yang dihasilkan sempena sambutan Hari AIDS Sedunia 2015 yang dianjurkan oleh Kakiseni dan ONE Condom Malaysia dilelong untuk RM20,000.[32]
Pameran
2017 - 'Nature Nurtured' (Group Exhibition), Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Kuala Lumpur, Malaysia
2016 - Flora and Fauna at ACC (Group Exhibition) in conjunction with Merdeka 59 Exhibition, Art Gallery, Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Kuala Lumpur, Malaysia
2016 - Flora and Fauna at ACC (Group Exhibition), Bank Negara Malaysia Headquarters, Kuala Lumpur, Malaysia
2016 - Flora and Fauna at ACC (Group Exhibition), Bank Negara Malaysia, Batu Tiga, Shah Alam, Selangor, Malaysia
2015 - 'Star Wars Art Force Salute' Group Exhibition, Star Wars Fan Festival Taiwan, SYNTREND Space Mall, Taipei, Taiwan
2015 - 'Designber Fest' Group Exhibition, Pier 2, Kaohsiung, Taiwan
2014 - B0dy_m0vement showcase with Perezoldskool, Pause Fest 2014, Federation Square Big Screen, Melbourne, Australia
2014 - Young Malaysian Artists II Exhibition, Penang State Art Gallery, Penang, Malaysia
2013 - Creative Cities (Kaohsiung Design Festival), Pier 2 Art Centre, Kaohsiung, Taiwan
2013 - Young Malaysian Artists II, Galeri Petronas, KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia
2013 - Digital Malaya Project Group Exhibition, Future + Traditions, Digital Photography and Video Installation, Art Row, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Malaysia
2012 - Beautiful Junk Exhibition, In Studio @ Straits, Armenian Street, Georgetown, Penang, Malaysia
2012 - Behance Malaysia 2nd Group Exhibition (Akar & Kukubesi Vol.II), Galeri Shah Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia
2011 - INSIGHT Asia Creative Culture Exhibition, Red Gallery, East London, London, United Kingdom
2011 - Behance Malaysia 1st Group Exhibition, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Malaysia
2011 - AKAR & KUKUBESI Group Exhibition, Galeri Shah Alam, Selangor, Malaysia
2010 - INSIGHT, Contemporary Malaysian Designers Exhibition, Centre for Creative Communications (CCC), Shizuoka, Japan
2010 - Live Digital Art Performance with Malaysian Philharmonic Orchestra, Dewan Filharmonik Orkestra KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia
2010 - Digitization, In Conjunction with KL Design Week 2010 (NOVA), Galeri Petronas, Suria KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia
2009 - Digitization, Digital Art Exhibition, Siam Paragon, Bangkok, Thailand
2009 - Young Tiger Showcase, Kuala Lumpur Design Week 2009, CapSquare Mall, Kuala Lumpur, Malaysia
2008 - UOX Play, Sg. Wang Plaza Rooftop, Kuala Lumpur, Malaysia
2008 - Miss Hua Journey to Nanyang Exhibition, Han Chiang College, Penang, Malaysia
2008 - Digital Malaya Project Group Exhibition III, Urbanscapes, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Kuala Lumpur, Malaysia
2008 - Get Moovable Moving Art Exhibition, Palate Palette Restaurant and Bar, Kuala Lumpur, Malaysia
2007 - Let Arts Move You (LAMU) Festival, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
2006 - DIGI-Starbucks Music Series exhibition, Starbucks, Centrepoint, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
2006 - Kingdom of Rebel, Digital Malaya Project Video Screening, Pelita Hati Gallery, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
2006 - Massive Territory Group Exhibition, National Gallery of Indonesia, Jakarta, Indonesia
2006 - Poster Show, Wondermilk Uptown, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
2006 - EX2, Digital Art Exhibition, Galleriiizu, Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, Malaysia
2005 - aRtY ParTy Video Showcase, Galleriiizu, Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, Malaysia
2005 - ‘7’, An Exhibition, Galleriiizu, Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, Malaysia
2005 - Open House, Gema Rimba Gallery, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, Malaysia
2005 - Digital Malaya Project Group Exhibition II, NotThatBalai Art Festival, Taman Seputeh, Kuala Lumpur, Malaysia
2005 - Beautiful Junk Exhibition, Dewan Sri Pinang, Georgetown, Penang, Malaysia
2004 - Digital Malaya Project Group Exhibition, NotThatBalai Festival, Taman Seputeh, Kuala Lumpur, Malaysia
2004 - Undiscovered Territory, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia
2004 - Digital Malaya Group Exhibition, SAYA Art Festival, PSC Perdana Shopping Centre, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
2004 - Urbanscapes, Kuala Lumpur Sentral (Open Space), Kuala Lumpur, Malaysia
2003 - Merdeka Young Malaysian Designer Group Exhibition, INTEC College Gallery, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Malaysia
2002 - Digital Malaya Project showcase @ MSC APICTA, Sri Pentas, TV3, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
2001 - Remixed Exhibition, Final Degree Showcase, Faculty of Art & Design, University Technology MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia
^Syameen, Siti (4 November 2013). "Tech in art". New Straits Times. Dicapai pada 4 November 2013.
^de Guise, Lucien (1 December 2013). "All about new idioms". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-01. Dicapai pada 1 December 2013.
^Patrick, Steven (20 April 2015). "Driving digital art". The Star. Dicapai pada 20 April 2015.