Muhsin Araki (Parsi: محسن اراکی; Arab: محسن الأراكي) ialah seorang ulama, ahli akademik dan ahli politik Iran. Beliau kini ialah anggota Majlis Pakar dan anggota Majlis Pemahaman Kesesuaian Sistem. Beliau ialah seorang ulama Iran yang dikenali dan menjadi salah seorang anak murid kepada pemiki Islam, Mohammad Baqir al-Sadr.
Beliau juga dilantik sebagai setiausaha agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam pada 2012 menggantikan Mohammad Ali Taskhiri[1] sehingga 2018.
Kehidupan
Beliau dilahirkan di Najaf, Iraq. Beliau menuntut di seminari Islam di Najaf dan Qom. Beliau fasih bertutu bahasa Arab dan Inggeris dan menulis berdozen buku dalam bahasa Parsi, Arab dan Inggeris. Beliau pernah menjadi wakil peribadi pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei di London dan juga menjadi Ketua Pusat Islam England sehingga 2004.[2]
Karya
Causality and Freedom (Al-Tawhid, Volume 17, n.2, Spring 2003)
Rujukan