Muhammad Kamil Abdul Munim


Kamil Munim (كاميل مونيم; lahir 29 April 1990) Muhammad Kamil bin Abdul Munim adalah Ahli Politik Malaysia berketurunan Melayu. Berkhidmat selaku Setiausaha Politik Menteri Kewangan sejak Januari 2023. Pada peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia dan Ketua AMK Padang Rengas.


Kehidupan Awal dan Keluarga

Kamil Munim
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia
Menyandang jawatan
2022
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Anwar Ibrahim
Maklumat peribadi
Lahir29 April 1990
Kuala Kangsar, Perak
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Anak4
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanAhli politik, Peguam
Bidang pengkhususanUndang-Undang

Kamil dilahirkan pada 29 April 1990 di Hospital Kuala Kangsar, Perak. Kamil ialah anak ke-11 daripada 12 orang adik beradik pasangan Abdul Munim bin Mohd Zain dengan Salasiah binti Mahiyudin. Ayah beliau juga merupakan seorang ahli politik veteran, beliau pernah bertanding sebagai calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada Pilihan Raya Umum tahun 1995 dan 1999 di Dun Lubuk Merbau di bawah Parlimen Padang Rengas.

Kamil dibesarkan dalam “Keluarga Politik” dan amat menekankan soal pendidikan. Datuk beliau Tuan Guru Haji Muhammad Zain Bin Haji Mohd Noh merupakan salah seorang pengasas Maahad Al-Yahyawiyah,Padang Rengas. Haji Mohd Zain bersama orang-orang kampung berhasrat untuk membina sebuah madrasah bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam masyarakat kampung sekitar tahun 1942. Namun beliau hanya sempat mendirikan beberapa buah tiang besar sebagai asas madrasah sebelum ditakdirkan Allah Taala meninggal dunia dalam usia yang muda yakni pada tahun 1943. Namun hasrat Allahyarham tidak terkubur begitu sahaja apabila sejurus adiknya, Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh pulang dari Mekah sekitar tahun 1949, beliau telah menyambung usaha yang dimulakan oleh Allahyarham sehingga siap sepenuhnya dan diberi nama Madrasah Al-Yahyawiyah.

Maahad Al-Yahyawiyah, Padang Rengas

Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh telah diberi kepercayaan untuk mentadbir Maahad ini sebagai Mudir pertama dan semenjak daripada itu Maahad ini terus berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan agama yang terulung di negeri Perak pada masa tersebut. Bermula dari detik itu, kemajuan pendidikan Islam di Padang Rengas semakin ke hadapan. Madrasah Yahyawiyah menjadi bualan mulut masyarakat kampung khususnya di negeri Perak untuk menghantar anak-anak mereka mengaji ilmu agama. Kemasyhuran Tuan Guru Haji Abdul Samad lebih menyerlah apabila beliau terlibat dalam penubuhan Parti Islam Se-Malaysia PAS di Perak dan kemudian menyandang jawatan Ketua Dewan Ulamak dan Yang Dipertua PAS Cawangan Perak yang pertama.

Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh berjaya meletakkan Madrasah Yahyawiyah sebagai sebuah sekolah agama yang terbilang semasa zaman keemasannya. Di bawah kepimpinan beliau, sekolah ini berjaya menggamit pelajar dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam selain negeri-negeri di Semenanjung belajar dan pernah menerima sehingga 500 pelajar perempuan dan lelaki setiap tahun. Sehingga kini Madrasah Yahyawiyah masih berfungsi sebagai SABK Maahad al-Yahyawiyah bermula dari 2006 di bawah pentadbiran yang berstruktur.

Zainuddin Andika Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Kamil juga mempunyai hubungan darah dengan seorang tokoh pejuang kemerdekaan. Zainuddin Andika merupakan datuk saudara beliau.

Zainuddin Andika pejuang yang tidak didendangkan dalam catatan sejarah, merupakan antara pejuang-pejuang awal Kemerdekaan. Berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak, insan yang biasa dengan panggilan Pak Udin Andika menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dibawah kepimpinan Dr.Burhanudin Helmi sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak. API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak ditubuhkan bagi mencapai Kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan prinsip dan pendekatan tersendiri. Beliau pernah ditahan ISA pada tahun 1948 dizaman penjajah British selama 4 tahun. Beliau telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua pada 25 Februari 2016.

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar (1997-2002). Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar (2003-2007). Seterusnya, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya (2008-2009). Sebelum melanjutkan peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak (2010-2013).

Aktivisme Mahasiswa

Pada Pilihanraya Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2012, Kamil dipilih selaku Perwakilan Pelajar di kerusi Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL). Kemudian, dilantik sebagai Pengerusi Hal Ehwal Akademik & Intelektual.

Ketika isu kontroversi penggantungan Profesor Dr Aziz Bari, Pensyarah Kanan Undang-Undang UIAM, Gerakan mahasiswa ketika itu yang dipimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pimpinan Saiful Anang turun berdemonstrasi kerana Dr Aziz Bari telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, ekoran daripada kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)

Bagi memperkukuhkan gerakan ini, Kamil bersama rakan-rakan mengambil inisiatif menubuhkan sebuah gerakan bagi mobilisasi yang lebih tersusun. Independent Students’ Front (INSTEF) telah ditubuhkan dan Kamil dilantik sebagai presiden pertama INSTEF.

Selain itu, INSTEF turut bersama dalam aktiviti kempen Pakatan Rakyat. Kamil sebagai Presiden INSTEF sering diundang sebagai penceramah dalam Ceramah Pakatan Rakyat bersama-sama Adam Adli dan Khalid Ismad.

Di peringkat antarabangsa, Kamil diundang menyampaikan syarahan dan pidato. Beliau dijemput ke International Youth Gathering, UNIW Istanbul, Turki pada tahun 2014.

Kerjaya Awal

Setelah menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kamil telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada 3 Julai 2015. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Peguam firma guaman Tetuan K K Lim & Associates. Kamil terlibat dalam kes-kes perbankan, komersial, tanah, serta nasihat kewangan.

Politik

Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan sejak Januari 2023 dan merupakan pengasas bersama Yayasan Madani. Sejak menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) secara rasmi pada tahun 2014, beliau telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang luar biasa. Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Beliau kemudiannya dicalonkan untuk bertanding sebagai Timbalan Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Kamil berhadapan dengan YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang selaku pencabar. Walaupun, Kamil dilihat sebagai muka baru dalam kepimpinan parti, beliau berjaya menewaskan penacabarnya dengan majoriti yang cukup besar.

Kamil bertanding atas tiket Pakatan Harapan di Parlimen Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum Ke-15, namun tewas dengan majoriti 5,869 undi kepada Calon Perikatan Nasional.

Kamil disebut-sebut sebagi tokoh muda yang berpengaruh dan aset penting  kepada Parti Keadilan Rakyat, ketokohannya yang menginspirasi dan berkarismatik  menyerlahkan beliau dalam kalangan orang muda. Netizen di media sosial sering menggelarkan Kamil sebagai “The Next Anwar Ibrahim” kerana perwatakan dan gaya kepimpinannya  persis dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika muda.