Dalam kepercayaan dan mitologi masyarakat Yunani Purba, Mousai ( Yunani Purba: Μοῦσαι Moũsai; kata tunggal Mousa - bahasa Inggeris: Musescode: en is deprecated ) merujuk kepada sekumpulan dewi yang dipercayai memberi ilham atau inspirasi dalam penghasilan kesusasteraan, sains dan seni . Mereka dianggap sebagai sumber pengetahuan yang terkandung dalam puisi, lagu lirik, dan mitos yang berkaitan secara lisan selama berabad-abad dalam budaya purba ini.
Gambaran umum
Asal-usul
Menurut sajak Theogonía karya Hesiodos bertarikh abad ke-7 SM, dewi-dewi ini merupakan kelahiran Zeus, raja para dewa, dan Mnemosyne, titan ingatan. Penyajak-penyajak Alcman dan Mimnermus mencatat bahawa dewi-dewi ini kononnya berasal dari kelahiran Ouranos dan Gaia.
Ada yang menjelaskan asal-usul para dewi ini: mereka dikatakan merupakan kelahiranmata air yang muncul hasil hentakan seekor kuda semberani bernama Pegasus di Gunung Helikon, kawasan Pieria.[1][2]Athena, si dewi ketamadunan, kemudiannya menjinakkan kuda ini lalu mempersembahkan ia kepada dewi-dewi tersebut.
Para penulis klasik menetapkan Apollo sebagai pemimpin mereka dengan gelaran "Apollo, penghulu Mousa-Mousa" (Apollon Mousagetēs).[3]
Pemujaan
Para penulis akan dan peniru mereka menyeru nama para dewi ini dalam penulisan mereka baik yang ringan mahupun yang berat sebagai memohon ilham atau meminta mereka menyanyikan pujian ke atas para pengkarya ini sebagai restu.
Dewi-dewi utama
Para sejarawan sepakat di mana terdapat sembilan dewi Mousa yang diketahui dalam kepercayaan Yunani:
Para dewi ini sangat dikaitkan dengan seni halus sehingga begitu diterapkan dalam unsur budaya mereka; perkataan "muzium/museum" (daripada istilah museon - "tempat Mousa-Mousa disembah") dan "muzik/musik" sendirinya datang daripada hubungan dengan kepercayaan terhadap dewi-dewi ini.[4]