Mitos Aztek

Peradaban Aztek mengenali mitos politeistik yang mengandungi lebih seratus dewa dan makhluk-makhluk ajaib dalam kepercayaan agama bangsa ini.

Sejarah

Kebudayaan Aztek biasanya digolongkan dengan kompleks kebudayaan Nahuatl kerana kesamaan bahasanya. Menurut legenda, kelompok-kelompok kaum yang membentuk bangsa Aztek ini datang dari utara hingga ke lembah Anahuac sekitar Tasik Texcoco. Lokasi lembah dan tasik tersebut nyata sekali di tengah-tengah Bandar Mexico; tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai asal-usul Aztek.

Yang pasti, terdapat berbagai-bagai cerita tentang asal-usul Aztek. Dalam mitos, nenek moyang bangsa Mexica/Aztek datang dari suatu tempat di utara yang bernama Aztlan, iaitu yang terakhir daripada tujuh nahuatlacas (puak berbahasa Nahuatl, daritlaca, "manusia") yang berpindah ke arah selatan, maka namanya "Azteca." Kisah lain menghujahkan asal-usul bangsa Aztek di Chicomostoc, "tempat tujuh gua," ataupun di Tamoanchan (punca segala tamadun dalam legenda).

Bangsa Mexica/Aztek dikatakan telah dibimbing oleh dewa Huitzilopochtli, yang namanya bermaksud "Burung Madu Bertangan Kiri" atau "Burung Madu Selatan." Setibanya di sebuah pulau di tengah tasik, mereka melihat seekor helang yang hinggap di atas sebatang kaktus nopal yang penuh berbuah (nochtli). (Gara-gara salah terjemahan cerita dari Tesozomoc, pernah disangka bahawa helang itu tengah memakan seekor ular, padahal sebenarnya ular tidak disebut langsung.) Wawasan inilah yang memenuhi ramalan bahawa mereka sudah menemui tempat tinggal baru mereka di sini. Maka di sinilah orang Aztek membina kota Tenochtitlan dan sebuah pulau buatan yang megah, yang kini terletak di tengah-tengah Bandar Mexico. Wawasan ini turut diterapkan dalam Jata Mexico.

Menurut legena, apabila orang Mexica tiba di lembah Anahuac sekitar tasik Texcoco, mereka dipandang oleh kelompok-kelompok lain sebagai yang paling kurang bertamadun, tetapi kaum Mexica/Aztek tekad untuk belajar dan meminjam segala yang mampu dari kaum lain, terutamanya dari kaum Toltec purba (yang sedikit sebanyak terkeliru oleh mereka dengan tamadun Teotihuacan yang lebih lampau). Bagi kaum Aztek, Toltec merupakan pencipta segala budaya; "Toltecayotl" bersinonim dengan kebudayaan. Legenda Aztek mengaitkan kaum Toltec dan pemujaan Quetzalcoatl dengan kota legenda Tollan, yang juga dikaitkan oleh mereka dengan Teotihuacan yang lebih lampau.

Disebabkan bangsa Aztek menerima pakai dan menggabungkan beberapa tradisi kaum lain dengan tradisi sedia ada mereka, mereka mengenali sebilangan mitos penciptaan; salah satunya, Lima Matahari memerikan empat zaman agung yang mendahului zaman sekarang, setiap satunya berakhir dengan malapetaka. Zaman kita – Nahui-Ollin, yakni zaman kelima atau penciptaan kelima – terlepas dari kemusnahan kerana pengorbanan seorang tuhan (Nanahuatl yang nama bererti "penuh kedukaan", dewa yang paling hina dan rendah diri) yang bertukar menjadi Matahari. Mitos ini dikaitkan dengan kota purba Teotihuacan yang terbiar tetapi masih ada sewaktu kedatangan Aztek. Satu lagi mitos menyifatkan bumi sebagai ciptaan dewa kembar Tezcatlipoca dan Quetzalcoatl. Sesetengah sumber menyatakan bahawa Tezcatlipoca kehilangan sebelah kakinya dalam proses penciptaan dunia, maka dewa berkenaan digambarkan terkudung sebelah kaki tetapi terdedah tulangnya. Yang lain mengatakan Tezcatlipoca ada sebelah kaki yang merupakan kaki haiwan sebagai lambang kepantasannya. Quetzalcoatl juga bergelar "Tezcatlipoca Putih."

Dewa-dewi

Chalchiutlicue dari Codex Ríos.
Coatlicue, dewi bumi.
  • Ehecatl (juga Ehecatl-Quetzalcoatl) - dewa Angin dan pencipta bumi, syurga, dan manusia; dewa Barat
  • Huehuecoyotl (juga Ueuecoyotl) - dewa suka hati dan usikan. Boleh bertukar bentuk, dikaitkan dengan dram dan koyote
  • Huehueteotl (juga Ueueteotl, Xiuhtecuhtli, Xiutechuhtli) - seorang dewa pendiangan, api kehidupan. Dikaitkan dengan bintang kutub dan utara
Huehueteotl, Museo Nacional de Antropología, Bandar Mexico.
  • Nanahuatzin (juga Nana, Nanautzin, or Nanauatzin) - dewa bawahan yang mengorbankan diri untuk menjadi dewa matahari Tonatiuh
  • Omacatl (lihat Tezcatlipoca)
  • Omecihuatl (lihat Ometeotl)
  • Ometecuhtli (lihat Ometeotl)
  • Ometeotl (juga Citlatonac atau Ometecuhtli (lelaki) dan Omecihuatl (perempuan)) - dewa/dewi keduaan, pencipta roh dan raja/ratu syurga
Quetzalcoatl dalam bentuk manusia, menggunakan lambang Ehecatl, dari Codex Borgia.
Xochipilli, Muzium Lombards
  • Quetzalcoatl (juga Tlahuizcalpantecuhtli) (ular berbulu quetzal) - dewa pencipta dan penaung kerajaan, pendeta dan saudagar. Dikaitkan dengan Ehecatl sebagai angin dewa
  • Quilaztli (lihat Ilamatecuhtli)
Xiuhcoatl.
  • Xiuhtecuhtli (lihat Huehueteotl)
  • Xochipilli - dewa muda kenduri, seni lukis, tarian, permainan, dan penulisan. Dikaitkan dengan Macuilxochitl dan Cinteotl
  • Xochiquetzal - dewi asmara, kecantikan, keseksualan wanita, pelacur, bunga, nikmat, kraf, tenunan, dan ibu muda
  • Xocotl - dewa bintang yang berkaitan dengan api
  • Xolotl - anjing teman Quetzalcoatl dan dewa anak kembar, keuzuran dan kecacatan. Menemani yang mati ke Mictlan

Dewa ular

Kumpulan dewa

  • Ahuiateteo (juga Macuiltonaleque) - lima dewa yang melambangkan lebihan
  • Cihuateteo (juga Civatateo) - roh wanita yang mati ketika bersalin, memimpin matahari terbenam di angkasa barat. Juga, hantu malam yang menculik kanak-kanak, serta menyebabkan sawan, kegilaan dan pencabulan seks. Juga menemani para pahlawan ke syurga.
  • Centzon Huitznahua - bintang-bintang selatan, anak-anak Coatlicue
  • Centzon Totochtin (400 arnab) - dewa pulque
  • Tzitzimime - hantu bintang kegelapan yang menyerang matahari ketika gerhana, dan mengancam bumi

Makhluk ghaib

Perwira legenda

Tempat

Lihat juga

Rujukan