Mir ialah sebuah pelayan paparan untuk Linux yang sedang dibangunkan oleh Canonical Ltd. Ia dijangka akan menggantikan X Window System yang kini diguna oleh Ubuntu.[3][4][5]
Mir diumumkan oleh Canonical pada 4 Mac 2013. Ia dibangunkan supaya Unity 8, generasi antara muka pengguna Unity yang seterusnya, boleh dibangunkan.[3]
Teknologi
Seperti Wayland, Mir dibina di atas EGL[6] dan memakai sesetengah prasarana yang asalnya dibangunkan untuk Wayland[7] seperti pelaksanaan EGL Mesa[6] atau libhybris Jolla.[8][9] Lapisan keserasian untuk X, XMir, adalah berasaskan XWayland.[10]
Bahagian prasarana lain yang digunakan oleh Mir berasal daripada Android. Ini termasuklah tindanan input Android[11] dan Protocol Buffers Google.[12]
Adaptasi
Pada 23 Julai 2013, pembangun Compiz Sam Spilsbury mengumumkan sebuah port bagi XBMC ke Mir.[13] Pada hari yang sama, pembangun Canonical Oliver Ries mengesahkan bahawa “inilah pelanggan Mir sejati yang pertama di luar sana”.[14] Setakat Ogos 2013[kemas kini] hanya Unity 8 Canonical sahaja yang diumumkan sebagai persekitaran atas meja yang mempunyai sokongan sejati untuk Mir dan tiada edaran Linux lain, yang bukan berasaskan Ubuntu, mengumumkan rancangan untuk memakai Mir sebagai pengurus paparan lalai. Antara terbitan Ubuntu yang menggunakan persekitaran selain Unity, para pembangun Xubuntu mengumumkan pada awal Ogos 2013 untuk cuba menjalankan Xfce menerusi XMir[15] namun tiga minggu kemudian memutuskan untuk tidak memakainya.[16]
Lihat juga
Rujukan