Minorca, Catalan: Gallina de Menorcacode: ca is deprecated , Sepanyol: Menorquinacode: es is deprecated , adalah satu baka ayam yang berasal daripada pulau Menorca, Kepulauan Balearic, tenggara Sepanyol. Ia terkenal sebagai unggas pertunjukan di banyak negara di dunia, akan tetapi di tempat asalnya di pulau Menorca; ia merupakan baka terancam yang dianggap menghadapi risiko kepupusan.
Sejarah
Minorca jenis antarabangsa telah dibiakkan rakyat Britain berdasarkan baka asli ayam Menorca. Prosesnya bermula semasa pendudukan Britain di pulau ini pada tahun 1708 sehingga 1783, tetapi tidak jelas sama ada prosesnya dilakukan di pulau ini atau di Britain. Kemungkinan ia bermula di Menorca dan bersambung di Britain, di mana ayam-ayam yang diimport daripada Menorca pada tahun 1780an telah didokumenkan.[7]:662 Menjelang 100 tahun kemudian, bakan (yang mana dianggap sebagai satu variati baka "Spanish") menjadi biasa dan telah lama wujud di Devon dan Cornwall, barat daya England, di mana ia dipandang tinggi sebagai baka ayam penelur. Ia telah dipamerkan di Paris, di bawah nama "Barbezieux",[8] dan berkembang ke seluruh dunia.[7]:662 Ia tiba di Jerman pada akhir tahun 1870an,[9] dan dimasukkan ke dalam Standard KesempurnaanPersatuan Unggas Amerika pada tahun 1888.[4]
Banyak cubaan dilakukan untuk mengubahsuai beberapa ciri-ciri fizikal baka ini termasuk saiz badan dengan mengacukkan dengan Langshan), saiz balung dan cuping telinga, dan kedudukan leher.[7]:662 Percubaan ini tidak mendatangkan sebarang manfaat pada keupayaan bertelurnya sebagai ayam penelur.[10]
Baru-baru ini, Minorca tidak lagi biasa ditemui di tempat asalnya. Pada tahun 2004, satu projek untuk menilai jumlah dan kualiti stok ayam yang masih ada di ladang-ladang dan rumah-rumah desa di pulau ini telah diselesaikan di Centre de Capacitació i Experiències Agràries de Mao,[7]:663 sebuah kolej pertanian di Mahón, dan keputusannya diterbitkan pada tahun 2006.[1] Sekawan ayam baka telah dipilih berdasarkan kualiti yang mana terdiri daripada 30 ekor ayam jantan dan 150 ekor ayam betina di kolej ini, serta 600 ekor lagi diagihkan pada para pembiak tempatan.[7]:663
Pada tahun 2012, satu program pemuliharaan dan peningkatan ke atas baka Minorca telah diluluskan, yang akan diuruskan oleh Associació de Gallines Menorquines, sebuah persatuan para pembiak ayam di pulau Menorca. [11]
Minorca disenaraikan oleh Ministerio de Agricultura, Alimentación y Medio Ambiente, Kementerian Pertanian Sepanyol, antara baka-baka asli yang diancam kepupusan. Populasinya di Sepanyol pada akhir tahun 2012 adalah 460 ekor; semuanya di Kepulauan Balearic.[12]
Ciri-ciri
Di Sepanyol, Minorca adalah baka bersaiz sederhana dengan warna bulu seragam berwarna hitam berkilat kehijauan. Berat ayam jantan sekitar 2.8 kg manakala ayam betina sekitar 2.2 kg.[7]:662 Bentuk belakangnya bercerun manakala ekornya hampir mendatar. Balung, muka dan pial berwarna merah terang. Balungnya licin dan berbentuk sikat, dengan enam titik/puncak; yang mana ia tegak berdiri pada ayam jantan manakala senget ke sebelah sisi pada ayam betina. Pialnya besar, licin serta bertekstur cantik. Cuping telinganya berwarna putih, sangat besar serta berbentuk oval atau almond. Kulitnya berwarna putih, dan kakinya berwarna hitam atau warna slate tua.[3][13]
Standard Unggas Britain memperincikan berat yang yang lebih besar, antara julat 2.70–3.60 kg bagi kedua-dua ayam jantan dan betina.[2] Di United Kingdom, variati warna biru dan putih diiktiraf,[2] dan di beberapa negara lain terdapat variati buff (kuning cair) dan belang (barred).[5] Kelainan dengan balung ros juga diiktiraf di beberapa negara, kecuali Sepanyol. Terdapat juga bantam Minorca, yang mana di beberapa negara juga mempunyai balung ros.[5]
Kegunaan
Minorca sering kali dibela sebagai baka hiasan. Walaupun begitu, ia juga adalah ayam penelur yang baik. Ayam betina mula bertelur pada umur 26 minggu (6.5 bulan) pada kadar purata 120 biji telur berwarna putih setiap tahun.[7]:662 Berat telurnya lebih 65 g bermula pada minggu ke-57 umur ayam betina.[7]:662
Rujukan
^ abcD. Villalba, A. Francesch, A. Pons, J. Bustamante, M. Espadas, V.Y. Santonja, D. Cubiló (2006). Caracterització productiva de la gallina Menorca (in Catalan). Informació tècnica: Centre de Capacitació i Experiències Agràries de Maó (Menorca)55 (March 2006).
^ abcdefghMiguel Fernández Rodríguez, Mariano Gómez Fernández, Juan Vicente Delgado Bermejo, Silvia Adán Belmonte, Miguel Jiménez Cabras (eds.) (2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (in Spanish). Madrid: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. ISBN9788449109461. p. 661–663.