Metil isosianat (Bahasa Inggeris: Methyl isocyanate) (MIC) ialah sebuah sebatian organik dengan formula molekul CH3NCO. Sinonim-sinonimnya ialah isocyanatomethane, metil karbilamina, dan MIC. Metil isosianit ialah kimia perantaraan dalam pembuatan pestisid jenis karbamat seperti carbaril, carbofuran, methomyl, dan aldikarb. Bahan ini digunakan dalam pembuatan dan pemprosesan getah dan pelekat.
Bahaya
Ia amat berbahaya terhadap kesihatan manusia kerana sifat toksik dan perengsa. Metil isosianit merupakan toksin utama dalam bencana Bhopal, yang meragut 8,000 nyawa pada waktu awal kejadian, dan lebih kurang 20,000 hingga 30,000 nyawa secara tuntas.[1][2][3][4][5][6][7]
Rujukan
^Methyl Isocyanate. Union Carbide F-41443A – 7/76. Union Carbide Corporation, New York 1976
^Operating Manual Part II. Methyl Isocyanate Unit. Union Carbide India Limited, Agricultural Products Division, 1979