Mercury City Tower (Rusia: Меркурий Сити Тауэр) ialah sebuah bangunan pencakar langit 75 tingkat di Moscow, Rusia. Terletak di Pusat Perniagaan Antarabangsa Moscow, pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 2009. Ketinggian bangunan ini mencecah 338.8 meter (1,112 ka) pada 1 November 2012 dan memintas ketinggian The Shard di London, United Kingdom sebagai bangunan tertinggi di Eropah.[5]
Pembinaan
Pada Mei 2011, pihak pemaju mengumumkan bahawa Mercury City Tower telah mencecah 230 meter (750 ka), dengan lebih separuh daripada dinding luar dilitupi dalam salutan berwarna tembaga. Pembinaan bangunan ini telah melepasi menara berketinggian 301.6 meter (990 ka) iaitu Bandar Raya Ibu Kota, yang juga berlokasi di Moscow pada 17 Januari 2012. Pada 25 Julai tahun yang sama, tingkat ke-75nya sedang dibina. Menurut syarikat pemaju yang membangunkan projek Mercury City Tower, bangunan ini mencecah ketinggian 339 meter (1,112 ka) pada 1 November 2012.[5]
Rujukan
Pautan luar