Matheus Santos Carneiro da Cunha (lahir 27 Mei 1999), biasanya dikenali sebagai Matheus Cunha, ialah pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana, Wolverhampton Wanderers dan pasukan kebangsaan Brazil.
Cunha bermain bola sepak di Brazil bersama Coritiba. Pada usia 18 tahun, dia berpindah ke Eropah untuk menyertai kelab Switzerland, Sion. Dia kemudian bermain untuk kelab Bundesliga, RB Leipzig dan Hertha BSC, sebelum menyertai Atlético pada Ogos 2021.
Cunha memenangi pingat emas bersama pasukan bawah-23 tahun Brazil pada Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Dia membuat penampilan sulung antarabangsa seniornya pada September 2021.
Rujukan
Pautan luar