Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jerman. (Februari 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Jerman itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|de|Fußball-Bundesliga}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Februari 2024)
Fußball-Bundesliga ("Liga Bola Sepak Persekutuan [Jerman]") atau ringkasnya Bundesliga ("Liga Persekutuan") merupakan tahap tertinggi dalam liga bola sepakJerman. Istilah Bundesliga juga digunakan dalam bola sepak di Austria dan adalah sudah biasa merujuk kepada pertandingan liga peringkat tertinggi dalam beberapa sukan lain dalam kedua-dua buah negara. Bundesliga terdiri daripada 18 pasukan dan beroperasi pada sistem kenaikan pangkat dan penyingkiran dengan 2. Bundesliga. Musim berlangsung dari Ogos hingga Mei. Permainan dimainkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Semua kelab Bundesliga mengambil bahagian dalam pertandingan piala DFB-Pokal. Pemenang Bundesliga layak ke DFL-Supercup.
Bundesliga merupakan salah satu liga nasional papan atas, saat ini menduduki peringkat ke-3 di Eropa sesuai dengan peringkat Koefisien Liga UEFA, berdasarkan data terbaru[1] Bundesliga saat ini adalah liga bola sepak nombor satu di dunia dari segi pengiraan kehadiran penonton sebanyak rata-rata 45m134 peminat sepertandingan yang mana musim 2011-12 adalah yang tertinggi kedua dari setiap liga olahraga di dunia.[2]
Sebanyak lima puluh enam kelab telah bersaing dalam Bundesliga sejak penubuhannya. Bayern Munich telah memenangi 32 daripada 60 gelaran, serta sebelas musim terakhir, yang merupakan rekod Eropah.[3] Namun Bundesliga juga telah melahirkan juara lainnya dengan Borussia Dortmund, Hamburger SV, Werder Bremen, Borussia Mönchengladbach dan VfB Stuttgart yang paling menonjol di antara beberapa persatuan yang lain.
Juara
Secara keseluruhan, 43 kelab telah memenangi kejuaraan Jerman, termasuk gelaran yang dimenangi sebelum penubuhan Bundesliga dan yang dalam Oberliga Jerman Timur. Juara rekod ialah Bayern Munich dengan 33 gelaran,[4] mendahului Berliner FC Dynamo dengan 10 (semuanya dalam DDR-Oberliga) dan 1. FC Nürnberg dengan 9.
Senarai Juara
Nombor dalam kurungan adalah untuk gelaran Bundesliga yang dimenangi.