Manaslu (Bahasa Nepal: मनास्लु, dari Sanskrit: मनसा manasa "akal") atau juga dikenal sebagai Kutang ialah sebuah gunung terletak di cabang Mansiri Himal sebahagian daripada pergunungan Himalaya di bahagian barat-tengah Nepal. Ia gunung kelapan tertinggi di dunia dengan 8,163 meter (26,781 ka) dari paras permukaan laut.
Gunung ini pertama kali didaki Toshio Imanishi dan pemandu Sherpa Gyalzen Norbu[4][5] dalam suatu pasukan ekspedisi Jepun diketuai Maki Yūkō pada 9 Mei 1956.[3][6]
Rujukan