Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar

Koordinat: 3°42′33″N 101°08′05″E / 3.70920°N 101.13462°E / 3.70920; 101.13462

Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar
مکتب رنده ساءين س مارا سوڠاي بسر
Lokasi
Jalan Sungai Panjang
Sungai Besar, 45300, Selangor
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Sungai Besar
MRSM SUBES
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanJun 2016
StatusBeroperasi
PengetuaUst. Shahariman Bin Abdul Rahman
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Mohd Nadzrul bin Abd Hamid
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Nor Mohamad Ridzwan bin Abd Rahim
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Norzairiah binti Zainuddin
Sistem pendidikanSPMRSM Program Ulul Albab
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
SloganThe Glory And Excellence of ULUL ALBAB
Nama alumniANSARA Malaysia
Laman sesawang
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar (singkatan: MRSM Sungai Besar) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di pekan Sungai Besar dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. MRSM Sungai Besar mula beroperasi pada tahun 2016, dan menawarkan program Ulul Albab kepada pelajar tingkatan 1 sehingga 5.

Sejarah

Penubuhan maktab

Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar (MRSM Sungai Besar) beroperasi sepenuhnya pada 23 Jun 2016, dengan kemasukan 146 orang pelajar Tingkatan 1, 98 orang pelajar Tingkatan 2 dan 177 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sehingga Mei 2016 bilangan pelajar MRSM Sungai Besar ialah seramai 336 orang. Tenaga pengajar pada ketika itu pula ada ditempatkan di MRSM Kuala Kangsar sebelum berpindah semula ke MRSM Sungai Besar, akibat kekurangan pelajar. Pada tahun 2017 pengambilan pelajar diambil sepenuhnya, dan jumlah pelajar meningkat kepada 850 orang. Penempatan awal pelajar adalah di MRSM Kuala Kangsar sebelum berpindah ke MRSM Sungai Besar. Pada tahun 2020, seramai 180 pelajar tingkatan satu mendaftar masuk ke MRSM Sungai Besar[1].


Lagu rasmi

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan

  1. ^ Hamsuddin, Amirul Aiman (6 Januari 2020). "Majoriti pelajar MRSM golongan B40". Harian Metro. Dicapai pada 16 November 2022.


Lihat juga