Makan bajambaDalam budaya Minangkabau, makan bajamba atau makan barapak ialah sebuah upacara jamuan Minangkabau yang melibatkan jamuan bersama-sama dalam satu tempat yang ditentukan.[1][2] Makan bajamba lazimnya dilakukan pada hari-hari utama dalam agama Islam serta upacara-upacara adat penting.[3][4] Secara harafiah, makan bajamba secara tersiratnya dikatakan memperlihatkan kebersamaan dan kesamarataan para peserta jamuan.[5][6] Makan bajamba didapati berasal dari kabupaten Agam di Sumatera Barat dan telah wujud sejak abad ketujuh, ketika agama Islam mula mencapai kawasan Minangkabau.[7] UpacaraJamba merujuk kepada dulang yang mempunyai nasi dengan aneka lauk yang tersusun. Dulang itu pula ditutup dengan tudung saji yang dianyam dengan daun enau lalu dilitupi oleh kain bersulam emas bernama dalamak.[8] Makan bajamba boleh disertai oleh puluhan hingga ribuan orang tetamu dengan satu kumpulan kecil terdiri daripada tiga hingga tujuh orang tetamu yang duduk mengelilingi jamba.[3] Lazimnya, tetamu lelaki akan duduk bersila (baselo) manakala tetamu wanita akan makan secara bersimpuh (basimpuah), dengan jamba diletakkan di atas meja rendah.[9] Upacara ini biasanya bermula dengan upacara kesenian Minangkabau disusuli dengan acara-acara seperti bacaan Al-Quran, berbalas pantun atau bacaan peribahasa-peribahasa Minangkabau.[5][10] Adab-adab dalam makan bajamba adalah berdasarkan nilai-nilai Islam (terumatanya daripada hadis) seperti seseorang hanya mengambil makanan di hadapannya serta mengutamakan orang yang lebih tua.[1][5] Juadah dimakan dengan tangan kanan dan dimasukkan ke dalam mulut secara melempar pada jarak dekat.[11] Di samping itu, tangan kiri juga menadah tangan kanan ketika makan untuk menangkap sisa nasi yang mungkin terjatuh supaya tidak terjatuh ke atas dulang lalu mendatangkan rasa jijik dalam para tetamu. Gaya duduk secara bersimpuh atau bersila juga mengelakkan seseorang daripada makan secara membongkok. Makanan di dulang juga wajib dihabiskan, dan tiada sisa nasi di atas dulang.[3] RekodRekod makan bajamba terbesar dicatatkan oleh Museum Rekor Indonesia pada 1 Oktober 2006 oleh para penduduk Kota Sawahlunto, Sumatera Barat yang mengadakan acara tersebut sempena ulang tahun ke-123 kota tersebut dengan 16,322 orang peserta.[12][13] Rujukan
Information related to Makan bajamba |