Mahmud Hitam |
---|
Kelahiran | |
---|
Pekerjaan | Pelakon |
---|
Mahmud Hitam merupakan seorang pelakon lelaki Singapura.
Kerjaya
Seniman kelahiran Singapura ini mula muncul sebagai extra dalam Bujang Lapok pada tahun 1957. Disebabkan ada tiga orang lagi pelakon bernama Mahmud iaitu Ahmad Mahmud, Mahmud Jatirata dan Mahmud Jun di era itu, maka beliau diberi jolokan Mahmud Hitam memandangkan kulitnya gelap.
Mahmud Hitam tinggal di persekitaran Jalan Ampas dan bekerja sebagai buruh dan krew di Studio Shaw. Selain dari bekerja, beliau juga tidak melepaskan peluang berlakon sebagai extra dalam 16 buah filem keluaran Shaw dan Cathay.
Antara watak yang kita masih ingat adalah sebagai Guru Silat kepada Tun Nila Utama (P. Ramlee), dan juga sebagai orang kampung yang memberi upah tebu kepada Belalang dalam Nujum Pa' Blalang.
Tetapi watak yang paling popular sekali yang dibawa olehnya adalah sebagai Chief Khadam dalam Tiga Abdul.
Filemografi
Filem