Madu Tiga |
---|
Poster filem Madu Tiga |
Pengarah | P. Ramlee |
---|
Penulis | |
---|
Lakon layar | S. Kadarisman |
---|
Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw |
---|
Dibintangi | |
---|
Sinematografi |
- Abu Bakar Ali
- Mustafa Yassin
|
---|
Disunting oleh |
- Wong Hong Peng
- H.R. Raman
|
---|
Syarikat penerbitan | |
---|
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
---|
Tarikh tayangan |
- 12 Februari 1964 (1964-02-12)
|
---|
Masa tayangan | 100 minit |
---|
Negara | Singapura |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Madu Tiga (Jawi: مادو تيݢ) merupakan sebuah filem komedi romantik Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 12 Februari 1964. Filem Madu Tiga diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
Filem Madu Tiga diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 12 Febuari 1964.
Ringkasan
Watak utama filem ini, Jamil (P. Ramlee) mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka berpoligami. Sebelum ini, Jamil dan Latifah (Zaharah Agus) sudah berkahwin selama 12 tahun. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Semasa Jamil yang licik itu mengahwini Hasnah (Jah Mahadi), dia berbohong dengan mengatakan kononnya Latifah mengizinnya berkahwin lagi kerana Jamil dan Latifah tidak dikurniakan anak. Jamil yang bekerja dengan bapa Latifah memberitahu bapa mertuanya (Ahmad Nisfu) itu mengenai perkahwinan tersebut. Lama kemudian, semasa dia pergi mengutip sewa rumah, Jamil jatuh cinta pada anak perempuan kepada salah seorang penyewa rumahnya, Rohani, (Sarimah) dan bercadang untuk mengetahuinya. Atas bantuan (dan galakan) daripada bapa mertuanya, Jamil dengan liciknya mengaturkan agar ketiga-tiga perkahwinannya itu dirahsiakan daripada isteri-isterinya. Namun demikian, tembelangnya terbongkar apabila ketiga-tiga isterinya itu bertemu di sebuah salun rambut. Rohani menjemput Latifah dan Hasnah untuk minum teh di rumahnya. Mereka kemudiannya menjumpai gambar perkahwinan Jamil dan Rohani. Ketiga-tiga madu itu mula bersahabat dan berpakat antara satu sama lain, menyebabkan Jamil akhirnya terperangkap akibat pembohongan yang dilakukannya selama ini.
Barisan pelakon
- P. Ramlee sebagai Jamil
- Zaharah Agus sebagai Latifah (isteri pertama)
- Jah Mahadi sebagai Hasnah (isteri kedua)
- Sarimah sebagai Rohani (isteri ketiga)
- Ahmad Nisfu sebagai Tuan Haji Latiff (mertuanya jamil ayah Latifah)
- M. Rafiee sebagai Rafi (pa jamil)
- M. Babjan sebagai Pak Ali (Ayah Rohani, mertua ketiga jamil)
- Zainon Fiji sebagai Ibu Hasnah (mertua kedua jamil)
- Doris Han sebagai Doris
- Ahmad Sabri sebagai Rashid
- Mislia sebagai Rashida
- Alias Congo sebagai Apek (apek yang cuba bunuh diri akibat kecewa dengan percintaan namun tidak sengaja terjatuh dalam kereta jamil)
- Sarban Singh
- Kassim Masdor
- Saloma sebagai penyanyi undangan lagu selamat pengantin baru
Runut
- "Selamat Pengantin Baru" nyanyian Puan Sri Saloma
- "Madu Tiga" nyanyian Tan Sri P. Ramlee
- "Gambus Jodoh" nyanyian Tan Sri P. Ramlee
- "Pukul Tiga Pagi" nyanyian Tan Sri P. Ramlee
Anugerah dan pencapaian
Rujukan
Pautan luar