Macadamia ialah satu genus daripada empat spesies pokok membentuk bahagian keluarga tumbuhan Proteaceae,[1][2] asli di New South Wales timur laut dan Queensland tenggara, Australia.
Penamaan
Kacang ini diberi nama genus ini sempena John Macadam, seorang ahli kimia dan guru perubatan Australia dalam kajian Ferdinand von Mueller, seorang ahli botani Jerman, bertarikh 1857.[3]
Buah dihasilkan dari spesies-spesies genus ini turut diberi nama setempat oleh orang-orang peribumi setempat seperti "kacang baphal" (baphal nut), gyndl atau jindilli (utara kawasan Banjaran Pemisah Besar)[4][5] serta boombera (selatan kawasan banjaran).[5] "Kacang baphal" dinamakan orang-orang Budjilla yang menduduki kawasan tanah besar dan pulau K'gari di pesisiran Queensland sempena Baphal, seorang datuk moyang mereka yang menunggu gunung di pulau tersebut yang turut diberi nama Gunung Baphal atau Gunung Bauple.[6]
Rujukan
Pautan luar
Templat:Kekeras