MXM adalah kumpulan duo dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Brand New Music pada tahun 2017.[1][2][3]
Pasangan muzik ini terdiri daripada dua orang ahli yang pernah menyertai rancangan televisyen realiti kendalian Mnet, Produce 101 season 2. Mereka debut pada 6 September 2017, dengan album mini pertama "Unmix".
Sejarah
Pra-debut
Lim Young-min dan Kim Dong-hyun bertemu sebagai pelatih di bawah Brand New Music. Mereka mewakili agensi bersama dengan Lee Dae-hwi dan Park Woo-jin dalam Produce 101 Season 2. Ketika pertunjukan berakhir, kedua-duanya tidak mendapat tempat di kumpulan projek Wanna One: Young-min menduduki tempat ke-15, sementara Dong-hyun tersingkir sebelum final, menduduki tempat ke-28.[2]
Pada 12 Julai, diumumkan bahawa Young-min dan Dong-hyun akan debut sebagai unit projek,[4] dengan kedua-duanya telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Brand New Music sebelum Produce 101 dan menjadi ahli Brand New Boys.[2] Nama MXM dilaporkan bermaksud "Mix and Match" dan "More x More". Yang pertama merujuk kepada keserasian duo sebagai sebuah kumpulan walaupun mempunyai kualiti yang berbeza, sementara yang kedua merujuk pada tekad mereka untuk berkembang sebagai duo.[a][5] Pada 27 Julai, mereka mengeluarkan single promosi dua lagu bertajuk "Good Day".[5][6] Dong-hyun menulis lirik lagu kedua single itu "I Just Do" dengan Young-min, serta mengatur dan menghasilkannya dengan penerbit Brand New Music, Kiggen.
2017: Debut dengan Unmix
MXM secara rasmi memulakan debutnya pada 6 September dengan perilisan album mini pertama mereka yang bertajuk Unmix. Album mini mengandungi tujuh buah lagu, termasuk "Good Day" dan "I Just Do".[7][b][8] Single utama, "I'm the One," ditulis dan dihasilkan oleh penerbit Brand New Music 9999 dan Esbee.[9]
Pada 22 September, duo ini mengambil bahagian dalam konsert tahunan Brand New Music bertajuk "Brand New World Seoul", yang diadakan di Seoul Jangchung Arena.[10]
2018: Match Up, Rematch, More Than Ever dan One More
MXM mengeluarkan album mini kedua mereka bertajuk Match Up pada 10 Januari 2018, dengan jumlah enam buah lagu termasuk single utama "Diamond Girl".[11]
Pada tahun 2018, MXM mengumumkan perilisan single double bertajuk Rematch pada 6 Mac 2018, disertai dengan video muzik untuk lagu "Gone Cold", yang dihasilkan oleh Primeboi. Mereka menggarap single Rematch kedua mereka yang bertajuk "Love Me Now" bersama 9999 dan Esbee.[12] Juga pada bulan Mac 2018, mereka mengumumkan projek photobook Makestar, yang dibuka untuk penyertaan pada 9 Mac.[13]
MXM mengeluarkan album penuh pertama mereka yang bertajuk More Than Ever pada 14 Ogos 2018, dengan single utama "Ya Ya Ya".[14][15] Setelah album dikeluarkan, MXM mengumumkan akan mengadakan konsert pertama mereka yang bartajuk More Than Ever pada 29 dan 30 September di Olympic Hall.[16]
Pada 7 November, duo ini mengeluarkan single khas One More dengan single double lead, "Knock Knock (TAK Remix)" dan "You Look So Different".[17]
Lim Young-min dan Kim Dong-hyun menyertai kumpulan lelaki baru Brand New Music AB6IX pada tahun 2019.
Ahli
Nama
Pengenalan ringkas
Pentas
Penuh
Youngmin (영민)
Lim Young-min (임영민 · 林煐岷)
Tarikh lahir: (1995-12-25) 25 Disember 1995 (umur 29)
^Excerpt: 임영민과 김동현의 유닛명 'MXM (BRANDNEW BOYS)'은 'MIX & MATCH'의 약자이자, 'MORE X MORE'의 약자로 임영민, 김동현 두 멤버의 매력을 합쳐 새로운 매력으로 선보이겠다는 의미와 함께 계속해서 더 성장해 나가겠다는 의미를 담았으며, 유닛명만으로도 이번 데뷔에 대한 남다른 각오와 열정이 느껴져 큰 기대감을 심어준다.[5]
^Excerpt: 앨범명은 '언믹스'(UNMIX)로, 이 중 2곡이 27일 선공개됐다. 전체 앨범은 이르면 8월 말, 늦으면 9월 초에 발매할 예정이다.[7]
^ ab"Good Day" dirilis secara digital sebagai single pra-debut.[24]
^ ab"Gone Cold" dan "Love Me Now" dirilis sebagai double A-side dari single double kumpulan bertajuk "Rematch".[27]
"Unmix". Gaon Music Chart. September 2–9, 2017. Dicapai pada September 14, 2017.
"Match Up". Gaon Music Chart. January 7–13, 2018. Dicapai pada January 18, 2018.
"More Than Ever". Gaon Music Chart. August 12–18, 2018. Dicapai pada August 23, 2018.
^"2018년 8월 Album Chart. See #15". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association.CS1 maint: unrecognized language (link)
^ ab"週間 CDアルバムランキング 2017年09月18日付". Oricon Style (dalam bahasa Japanese). Oricon. Dicapai pada November 7, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"2017년 10월 Album Chart. See #19". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"2018년 02월 Album Chart. See #17". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association.CS1 maint: unrecognized language (link)
"Good Day": 2017년 30주차 Digital Chart (see #60) [Week 30 of 2017 Digital Chart]. Gaon Music (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada 2017-08-03.
"I'm the One": 2017년 36주차 Digital Chart [Week 36 of 2017 Digital Chart]. Gaon Music (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada 2017-09-14.
2017년 30주차 Download Chart (see #32) [Week 30 of 2017 Download Chart]. Gaon Music (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada 2017-08-03.
^2017년 36주차 Download Chart [Week 36 of 2017 Download Chart]. Gaon Music (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada 2017-09-14.
"I Just Do": 2017년 30주차 Digital Chart (see#99) [Week 30 of 2017 Digital Chart]. Gaon Music (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada 2017-08-03.
2017년 30주차 Download Chart (see #77) [Week 30 of 2017 Download Chart]. Gaon Music (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada 2017-08-03.