Ella Marija Lani Yelich-O'Connor (lahir 11 November1996; umur 28 tahun; lebih dikenal dengan nama pentasnya Lorde [lord]) adalah seorang pemuzik New Zealand. Muzik beliau lebih menumpu kepada genre electropop dengan unsur sampingan lain seperti dream pop dan indie-electro. Beliau turut menulis lagu untuk beberapa pemuzik tertentu.
Beliau memenangi sebuah Anugerah Grammy dan dua buah Anugerah Brit serta mendapat sebuah pencalonan Anugerah Golden Globe. Beliau disenaraikan antara gelaran "remaja paling berpengaruh" dalam majalah Time (pada tahun-tahun 2013 dan 2014) serta 30 Under 30 terbitan Forbes edisi 2014. Album-album karya beliau telah terjual sebanyak lebih lima juta unit setakat Jun 2017.[1]
Awal hidup
Ella Marija Lani Yelich-O'Connor lahir di Takapuna, Auckland pada 7 November 1996.[2] Ibunya Sonja Yelich (Croatia: Sonja Jelićcode: hr is deprecated )[3] seorang penyajak berketurunan Croat dari kawasan Dalmatia di Croatia Eropah Timur manakala ayahnya Vic O'Connor[3] seorang jurutera am berketurunan Ireland.[4] Beliau mempunyai kewarganegaraan New Zealand dan Croatia.[5]
Lorde merupakan anak kedua antara empat adik-beradik: beliau ada seorang kakak bernama Jerry dan adik perempuan bernama India serta adik lelaki bernama Angelo.[6] Mereka dibesarkan pinggiran North Shore di Devonport dan Bayswater, yang terletak di Auckland.[7][8] Pada usia lima tahun, beliau menyertai kumpulan drama dan meningkatkan kemahiran pengucapan awamnya.[9] Ibu beliau menggalakannya membaca pelbagai genre buku. Beliau menyatakan bahawa buku dan penulis-penulis mendatangkannya inspirasi bagi lirik-liriknya, seperti novel distopia Feed (2002) oleh M. T. Anderson serta penulis-penulis J.D. Salinger, Raymond Carver dan Janet Frame.
Setelah dinasihati guru beliau, Lorde mengambil Ujian Kebolehan Kognitif Woodcock-Johnson untuk menentukan kecerdasannya. Hasil ujian tersebut menunjukkan bahawa beliau kanak-kanak yang berbakat.[10] Dia didaftarkan ke Pusat George Parkyn, sebuah institusi untuk pelajar-pelajar berbakat. Namun, ibu beliau membatalkan pendaftarannya kerana rasa prihatin terhadap perkembangan sosial beliau.[10]
Pada masa remajanya, Lorde bersekolah di Vauxhall School, kemudian di Belmont Intermediate School (2008–2009).[11] Pada tahun 2010 sampai 2013, Lorde menghadiri Takapuna Grammar School.[12]
Kerjaya permuzikan
Penceburan
Pada Mei 2009, Lorde dan seorang rakan sekolahnya Louis McDonald menenangi acara bakat tahunan Belmont Intermediate School.[13] Mereka berdua dijemput stesen radio penyiar pemerintah Radio New Zealand untuk menjadi tetamu dalam program Afternoons pada bulan Ogos tahun sama, di sanalah mereka membuat persembahan lagu saduran (cover beberapa artis semasa seperti Pixie Lott dan Kings of Leon.[14] Ayah McDonald mengirimkan rakaman program tersebut kepada Scott Maclachlan, pengerusi eksekutif A&RUniversal Music Group.[15] Di sanalah Maclachlan mula berkenalan dengan Lorde dan mereka cuba mmemulakan projek bersama beberapa penggubah lagu dan produser namun tidak berjaya juga.[16][17]
2012-2013: The Love Club EP dan Pure Heroine
Pada Disember 2011, Maclachlan memperkenalkan Lorde dengan seorang penulis lagu dan penerbit rakaman bernama Joel Little; Lorde dan Joel merakam lima lagu untuk sebuah album extended play (EP) di Golden Age Studios in Morningside, Auckland selama tiga minggu.[18] Lorde menerbitkan album rakaman debutnya berjudul The Love Club EP di SoundCloud yang dapat dimuat turun secara gratis pada November2012. Sejak Mac 2013, Universal Music Group memutuskan menjual EP tersebut setelah dimuatturun sebanyak 60,000 kali.[19]
Pada Jun 2013, "Royals" dirilis sebagai debut single The Love Club EP, membuatnya sukses secara komersial maupun kritik. "Royals" memuncak carta Billboard Hot 100 AS selama sembilan minggu berturut-turut dan disebut-sebut sebagai salah satu lagu terbaik pada tahun 2013.[20][21] Pada September 2013, Lorde merilis album perdananya Pure Heroine. Album debutnya memuncaki tangga album di carta-carta muzik Australia dan New Zealand.[22]Pure Heroine telah terjual lebih dari 2.7 juta kopi di seluruh dunia pada akhir November 2014.[23] Selain itu, Pure Heroine dicalonkan kategori Album Vokal Pop Terbaik dalam temasya Anugerah Grammy Award 2014, namun dikalahkan oleh album "Unorthodox Jukebox" dari Bruno Mars .[24] Pada akhir tahun, Lorde berpacaran dengan James Lowe, seorang jurugambar.[25]
2014-2018: Melodrama
Pada Disember 2013, Lorde mengumumkan bahawa beliau sedang mengerjakan bahan baru untuk album keduanya. Pada Jun 2014, Lorde mengatakan bahawa album keduanya akan jauh berbeda daripada Pure Heroine.[26]
Pada 2 Mac 2017, Lorde merilis single comebacknya yang berjudul "Green Light", Single ini merupakan single yang pertama untuk album keduanya, Melodrama, yang diterbitkan pada 16 Jun 2017. Majalah NME dan akhbar The Guardian meletakkan "Green Light" sebagai lagu terbaik diulas kededua terbitan pada tahun 2017.[28][29] Ia mencapai nombor satu di carta New Zealand, nombor empat di carta Australia dan nombor sembilan di carta Kanada.[30]
2019-sekarang: Going South dan Solar Power, projek Te Ao Mārama
Pada 20 Mei 2020, Lorde menyatakan bahawa dia sudah bermula dengan album ketiganya bersama Jack Antonoff mengikuti kematian anjing peliharaannya Pearl.[31] Pada November 2020, dia mengumumkan penerbitan bukunya Going South yang memperincikan lawatannya ke Antarctica dengan juru gambar Harriet Were.[32] Beliau mengirimkan spotong gambar dalam laman sesawang rasminya pada 7 Jun 2020 mengumumkan nama album baharunya "Solar Power" yang bakal muncul kemudian tahun 2021[33] Lagu tunggal pertama dari album tersebut yang senama iaitu "Solar Power" terbit pada 10 Jun 2021,[34] keseluruhan album tersebut dilancarkan pada 20 August.[35][36] Pada 9 September tahun sama, beliau menerbitkan himpunan lagu terpilih (extended play) dari album ini bertajuk Te Ao Mārama ("Alam Benderang") diterjemahkan ke dalam bahasa Māori bersama penyanyi terkenal senegaranya Hinewehi Mohi;[37] semua keuntungan lagu ini disalurkan ke badan-badan amal pulihara alam sekitar Forest & Bird dan Te Hua Kawariki.[38]
^ abMitchell, Tony (26 Julai 2016). "Lorde: a mole in the mainstream?". Celebrity Studies. 8 (1): 51–70. doi:10.1080/19392397.2016.1202122. S2CID 193353639. Dicapai 23 October 2020.