Loke Yuen Yow ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 1995-1999. Kejayaan terbesar semasa beliau berada di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah penganjuran Sukan Komanwel 1998 yang ketika itu diterajui oleh menterinya, Muhyiddin Yassin.
Isu dan tengkarah
Cadang jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua untuk Presiden MCA
Beliau telah mencadangkan kepada kerajaan agar diwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II[1] sebagai mencerminkan tanda perkongsian kuasa sebenar pada tahun 2009. Ketika itu beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Cina Malaysia.
Rujukan