Loji Kuasa Nuklear Fukushima I (福島第一原子力発電所code: ja is deprecated , Fukushima Dai-ichi (pronunciation) Genshiryoku Hatsudensho, Fukushima I NPP), juga dikenali sebagai Fukushima Dai-ichi (dai-ichi bermaksud "nombor satu" atau "pertama"), merupakan sebuah loji janakuasa nuklear yang terletak di sebidang tanah berkeluasan 3,500,000-meter-persegi (860-ekar)[1] di pekan Okuma dan Futaba di Daerah Futaba, Wilayah Fukushima, Jepun. Loji yang mula digunakan pada tahun 1971 ini terdiri daripada enam reaktor air didih (boiling water reactor, BWR). Reaktor-reaktor air ringan ini [2] memacu penjana elektrik dengan kuasa sejumlah 4.7 GWe, menjadikan Fukushima I sebagai salah satu daripada 15 buah stesen kuasa nuklear yang terbesar di dunia. Fukushima I merupakan loji nuklear pertama yang dibina dan dikendali sepenuhnya oleh syarikat Tokyo Electric Power Company (TEPCO). Loji ini mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi 9.0 yang disusuli oleh tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011, sekaligus mematikan sistem penyejukan reaktor sambil mencetuskan perintah berpindah yang meluas di kawasan sekeliling loji, oleh itu ia tiada harapan untuk dibuka semula.
Loji Kuasa Nuklear Fukushima II, atau Fukushima Dai-ni, terletak 11.5 kilometer (7.1 bt) di selatan Fukushima I dan juga dikendali oleh TEPCO.
Reaktor
Reaktor untuk Unit 1, 2, dan 6 dibekalkan oleh General Electric, yang untuk Unit 3 dan 5 oleh Toshiba, dan Unit 4 oleh Hitachi. Keenam-enam reaktor direka oleh General Electric.[3] Reka bentuk unit-unit General Electric ini dibuat oleh Ebasco. Segala kerja pembinaan dibuat oleh Kajima.[4] Sejak September 2010, Unit 3 dijana oleh sebahagian kecil (6%)[5]bahan api oksida campuran (mixed oxide, MOX), berbeza dengan uranium diperkaya rendah (low enriched uranium, LEU) yang digunakan dalam reaktor-reaktor lain.[6][7] Unit 1–5 digunakan dengan struktur pengurunganjenis Mark I (torus mentol lampu).[8][9] Struktur pengurungan Mark I ditambah sedikit isipadunya oleh jurutera Jepun.[10] Unit 6 mempunyai struktur pengurungan jenis Mark II (atas/bawah).[8][9][11]
Unit 1 merupakan reaktor air didih 460 MW (BWR-3) yang dibina pada Julai 1967. Ia memulakan pengeluaran elektrik komersial pada 26 Mac 1971, dan mula-mula dijadualkan tutup pada awal tahun 2011.[12] Pada Februari 2011, pihak berkuasa membenarkan operasi reaktor itu dilanjutkan selama 10 tahun lagi.[13] Malangnya, Unit 1 rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.[14]
Unit 1 direka untuk pecutan bumi kemuncak 0.18 g(1.74 m/s2) dan spektrum sambutan berdasarkan gempa bumi Kaunti Kern 1952.[8] Asas rekabentuk Unit 3 dan 6 masing-masing adalah 0.45 g (4.41 m/s2) dan 0.46 g (4.48 m/s2).[15] Kesemua unit menjalani pemeriksaan selepas Gempa bumi Miyagi 1978 apabila pecutan bumi adalah 0.125 g (1.22 m/s2) selama 30 saat, tetapi didapati tidak merosakkan bahagian-bahagian reaktor yang terpenting.[8] The design basis for tsunamis was 5.7 meters.[16]
Reaktor-reaktor loji ini memulakan operasi masing-masing dari tahun 1970 hingga 1979. Pada akhir tahun 2002 hingga 2005, reaktor-reaktor ini ditutup untuk pemeriksaan keselamatan ekoran skandal pemalsuan data TEPCO.[20][21] Pada 28 Februari 2011, TEPCO menyerahkan laporan kepada Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun, yang mangakui bahawa syarikat tersebut pernah menyerahkan laporan pemeriksaan dan pembaikan yang palsu. Laporan itu mendedahkan bahawa TEPCO gagal memeriksa lebih 30 komponen teknikal di keenam-enam reaktor, termasuk papan injap kawalan suhu reaktor serta komponen-komponen sistem penyejukan seperti motor pam air dan penjana diesel kecemasan.[22]
Electricity generation for the Fukushima I NPP by Unit in GW·h[18]
Tahun
Unit 1
Unit 2
Unit 3
Unit 4
Unit 5
Unit 6
1970
60.482
1971
2024.3
1972
2589.1
1973
2216.8
5.949
1974
1629.7
3670.1
284.7
1975
0
622.1
2961.8
1976
1563.9
4191.4
4807.1
1977
0
49.7
2171.1
875.1
1978
1497.6
3876.3
2753.7
3163.2
4806.7
1979
2504.4
2976
4916.3
3917.4
3898.6
3235.6
1980
1249.5
2889
4287
4317
4282.6
6441.1
1981
1084.8
3841.8
3722.8
4667.5
4553.9
7418.6
1982
2355
5290.2
2886.8
5734.7
4061.3
6666.5
1983
3019.5
3422.7
4034
4818.2
5338.8
5387.8
1984
2669.761
3698.718
4497.326
4433.166
4691.482
5933.242
1985
1699.287
4266.285
5798.641
4409.031
4112.429
5384.802
1986
2524.683
5541.101
4234.196
4315.241
4157.361
7783.537
1987
3308.888
3851.078
3748.839
5964.048
3995.012
7789.201
1988
2794.464
4101.251
5122.991
5309.892
5952.712
5593.058
1989
1440.778
6516.393
5706.694
4232.648
4766.535
5128.362
1990
2352.405
3122.761
2919.548
4273.767
3956.549
7727.073
1991
1279.986
3853.054
4491.022
6483.384
6575.818
6948.662
1992
1794.061
4568.531
6098.742
4082.747
4841.234
5213.607
1993
2500.668
4186.704
4204.301
4206.577
4059.685
6530.932
1994
3337.532
2265.961
4202.304
6323.277
4246.206
8079.391
1995
3030.829
6396.469
5966.533
5485.662
5878.681
6850.839
1996
2298.589
5192.318
4909.655
4949.891
5666.866
6157.765
1997
3258.913
4618.869
2516.651
4556.81
4609.382
9307.735
1998
3287.231
3976.16
2632.682
5441.398
5369.912
6328.985
1999
2556.93
3158.382
5116.09
5890.548
6154.135
7960.491
2000
3706.281
5167.247
5932.485
4415.901
1647.027
7495.577
2001
487.504
5996.521
5637.317
5858.452
5905.13
7778.874
2002
3120.2
5101.018
3567.314
4687.718
6590.488
6270.918
2003
0
1601.108
2483.557
0
2723.76
4623.905
2004
0
3671.49
3969.674
4728.987
5471.325
1088.787
2005
851.328
3424.939
5103.85
1515.596
2792.561
7986.451
2006
3714.606
3219.494
4081.932
4811.409
4656.9
5321.767
2007
610.761
5879.862
4312.845
5050.607
5389.565
6833.522
2008
3036.562
5289.599
6668.839
4410.285
3930.677
8424.526
2009
2637.414
4903.293
4037.601
5462.108
5720.079
7130.99
2010
2089.015
6040.782
Kejadian
Pada 25 Februari 2009, penutupan manual dilakukan di tengah-tengah operasi permulaan, disebabkan penggera tekanan tinggi yang disebabkan oleh penutupan injap pintas turbin. Reaktor mencapai 12% kuasa penuh ketika penggera berbunyi pada 4:03 pagi ekoran kenaikan tekanan kepada 1,029.8 psi yang melebihi had peraturan 1,002.2 psi. Reaktor itu dikurangkan kepada 0% kuasa, iaitu melampaui ambang 5% yang memerlukan laporan kejadian, manakala tekanan jatuh balik kepada takat yang dibenarkan pada 4:25 pagi. Kemudian, pada 8:49 pagi, bilah kawalan disisipkan sepenuhnya untuk melakukan penutupan reaktor secara manual. Selepas itu, pemeriksaan mendapat bahawa salah satu daripada lapan injap pintas tertutup dan mengalami sambungan bendalir pemacu yang tidak betul.[23]
Pada 26 Mac 2009, unit 3 mengalami masalah bilah kawalan terlebih sisip ketika bocoran. Ketika itu, kerja baik pulih dilakukan pada kelengkapan yang memantau tekanan pacuan bilah kawalan, dan apabila sebuah injap terbuka pada 2:23 petang, penggera bilah kawalan hanyut berbunyi. Setelah diperiksa lagi, didapati bahawa beberapa rodnya telah disisipkant anpa sengaja.[24]
Pada 2 November 2010, unit 5 mengalami SCRAM automatik ketika seorang pengendali sedang membuat penyelarasan pada pola penyisipan bilah kawalan. Arahan SCRAM disebabkan oleh penggera takat air reaktor rendah. Turbin tersandung dengan reaktor dan para pekerja tidak mengalami kecederaan radiasi.[25]
Pada 11 Mac 2011, sebuah gempa bumibermagnitud 9.0 MW berlaku pada 14:46 Waktu Piawai Jepun (JST) di pantai timur laut Jepun. Unit 4, 5 dan 6 ditutup untuk rancangan penyelenggaraan sebelum gempa melanda.[26][27] Reaktor-reaktor yang lain ditutup secara automatik selepas gempa, manakala haba mengurai yang tinggal dalam bahan api sedang disejukkan dengan kuasa penjana kecemasan. Kemudian, tsunami melanda dan mematikan penjana kecemasan yang diperlukan untuk menyejukkan reaktor. Selama tiga minggu seterusnya, terbukti adanya peleburan nuklear separa di Unit 1, 2 dan 3; letupan yang nyata di Unit 1 dan 3 yang dipercayai disebabkan oleh gas hidrogen; serta kemungkin letupan di Unit 2 yang mungkin merosakkan bekas pengurungan utam; dan kemungkinan kolam bahan api terpakai di Unit 1, 3 dan 4 terdedah.[28] Lepasan radiasi menyebabkan ramai penduduk sekitar diperintah berpindah keluar ramai-ramai, kebimbangan akan bekalan makanan dan air, dan usaha merawat kakitangan nuklear.[29][30][31]
IAEA menarafkan kejadian di Unit 1, 2 dan 3 pada Tahap 5 (Kemalangan Besar) dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa, manakala kejadian di Unit 4 berada di Tahap 3 (Kejadian Serius).[32]
^ ab"Fukushima to Restart Using MOX Fuel for First Time". Nuclear Street. 17 September 2010. Dicapai pada 12 Mac 2011.
Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ns" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza