Lee Min-jung (Hangul: 이민정code: ko is deprecated ; lahir 16 Februari 1982) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau memulakan kariernya di dalam lakonan pentas Jang Jin dan untuk beberapa tahun muncul sebagai watak sokongan di dalam filem dan drama seperti Boys Over Flowers. Lee mula terkenal pada tahun 2009 menerusi drama Smile, You. Beliau juga membintangi drama Big (2012), Cunning Single Lady (2014) dan Please Come Back, Mister (2016).
Karier
Lee Min-jung mememulakan karier lakonannya ketika berumur 25 tahun selepas tamat pengajian dari Universiti Sungkyunkwan dengan ijazah sarjana dalam Teater.[1]
Lee memulakan kariernya dalam lakonan pentas Jang Jin dan kemudiannya muncul dalam filem indie, Pruning the Grapevine,[2]. Pada masa yang sama, beliau juga melakonkan peranan kecil di dalam filem dan drama. Beliau mula terkenal pada tahun 2009 selepas muncul dalam Boys Over Flowers. Beliau kemudiannya diberi watak utama pertamanya di dalam drama Smile, You.[3][4] Lee muncul di dalam filem romantik komedi, Cyrano Agency pada tahun 2010. Untuk lakonannya di dalam filem itu, beliau memenangi kategori Pelakon Baru Wanita Terbaik di beberapa majlis anugerah.[5][6][7][8][9]
Beliau kemudiannya membintangi filem Wonderful Radio.[1] Lee membintangi drama Midas,[10] dan kemudiannya drama bergenre romantik komedi, Big.[11] Pada tahun 2013, beliau membintangi drama All About My Romance.[12] Ia disusuli dengan drama Cunning Single Lady pada tahun 2014.[13]
Pada 23 Disember 2015, ia telah diumumkan Lee akan kembali berlakon buat kali pertama sejak tahun 2013 selepas dipilih untuk membintangi drama SBS, Please Come Back, Mister bersama Rain. Drama ini mula disiarkan pada bulan Februari 2016.
Kehidupan peribadi
Lee berkahwin dengan pelakon, Lee Byung-hun pada 10 Ogos 2013 di Grand Hyatt Seoul.[14][15][16][17] Pasangan ini pernah mempunyai hubungan pada tahun 2006 dan menyambung hubungan mereka pada tahun 2012.[18][19][20][21][22][23][24][25][26][27] Lee melahirkan anak pertama mereka yang diberikan nama Lee Joon-hoo pada 31 Mac 2015.[28][29][30]