Lapangan Terbang Hervey Bay (IATA: HVB[4], ICAO: YHBA) ialah lapangan terbang utama bagi bandar Hervey Bay, Queensland, Australia dan kawasan Fraser Coast yang berdekatan Maryborough.
Lapangan Terbang Hervey Bay terletak 5 batu nautika (9.3 km; 5.8 bt) timur laut Pialba,[2] dibuka pada pertengahan 2005, selepas pangkalan udara sedia ada melalui penaiktarafan $11.5 juta termasuklah pembinaan terminal baharu dan peningkatan landassn 1,500 m (4,921 ka) ke 2,000 m (6,562 ka) untuk kemudahan perkhidmatan jet daripada Virgin Australia.
Sehingga September 2006, Sunshine Express Airlines menyediakan perkhidmatan ke lapangan terbang ini daripada Brisbane setiap har. Penerbangan ini kemudiannya membatalkan semua jadual penerbangan dan operasi pada 1 Oktober 2006 selepas satu cadangan telah dibuat oleh Regional Express Airlines disingkirkan dan usaha oleh QantasLink bagi memgumumkan perkhidmatan Brisbane.[5][6][7]
Pada 2006, lapangan terbang ini berkembang pesat di Queensland dengan bilangan penumpang hingga dua kali ganda.[8] Buat masa sekarang, beberapa perancangan sedang dirangka untuk meningkatkan
lebih banyak perkhidmatann jet daripada bandar-bandar lain di Australia. Perancangannya adalah melibatkan pembesaran saiz terminal dua kali ganda daripada saiz asalnya serta landasan baru (lebih kecil daripada landasan utama), untuk tujuan penerbangan umum.[9][10]
Pada Jun 2017, Datuk Bandar Fraser Coast, Chris Loft dan JETGO memgumumkan bahawasanya pesawat itu akan menyediakan 2 perkhidmatan penerbangan langsung per minggu daripada Lapangan Terbang Hervey Bay Airport ke Lapangan Terbang Essendon, Melbourne, serta perkhidmatan penerbangan langsung ke Brisbane.[11]
Penerbangan dan destinasi
Statistik
Lapangan terbang Hervey Bay merupakan lapangan terbang ke-39 paling sibuk di Australia bagi bilangan pengguna yang menggunakan perkhidmatannya pada tahun fiskal[1] 2016–2017.[3]
Bilangan penumpang tahunan dan statistik pesawat bagi Hervey Bay[3]
Tahun[1]
|
Bilangan penumpang
|
Pergerakan pesawat
|
2000-2001
|
|
|
2001-2002
|
|
|
2002-2003
|
|
|
2003-2004
|
|
|
2004-2005
|
|
|
2005-2006
|
|
|
2006-2007
|
|
|
2007-2008
|
|
|
2008-2009
|
|
|
2009-2010
|
|
|
2010-2011
|
|
|
2011-2012
|
|
|
2012-2013
|
|
|
2013-2014
|
|
|
2014-2015
|
|
|
2015-2016
|
|
|
2016-2017
|
|
|
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar